Monday, December 28, 2009

Selamat Kembali Ke UPSI

Tanjong Malim, 27 Disember 2009 - Semester 2 sesi Disember 2009/2010 kini telah tiba, mahasiswa/i yang baru sahaja tiba dari kampung halaman masih lagi sibuk menguruskan bilik dan tempat tinggal masing-masing bagi menghadapi semester baru yang penuh dengan cabaran.

Wartawan suaraUPSI sempat menghubungi saudara Mohd Hairie Bin Abdullah Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009 untuk mendapatkan sedikit ulasan " Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, semester baru ini diharapkan semua mahasiswa/i UPSI lebih berdaya saing dalam membentuk kewibawaan diri dan menjadi mahasiswa/i yang lebih kompetetif dalam segala bidang, ingat bahawa datang ke UPSI adalah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai mahasiswa yang dahagakan ilmu" ujar beliau.

Hairie yang kini dalam proses membuat persiapan memasuki sekolah untuk menjalankan praktimum mengatakan bahawa beliau berasa rindu dengan suasana memasuki semester baru. Selain itu, Hairie sebagai YDP Pimpinan Bitara juga mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa/i UPSI dalam menghadapi semester baru ini.

Wartawan UPSI juga sempat melihat kesibukan mahasiswa/i memunggah barang masing-masing daripada stor penyimpanan barang dikeempat-empat buah kolej kediaman UPSI dan segalanya berjalan lancar. Pembukaan semester ini dimulakan dengan lebih awal berbanding semester lepas. Esok, 28 Disember 2009 merupakan hari pembukaan bagi semester 2 sesi Disember 2009/2010 dan bermula episod sebagai mahasiswa UPSI bagi 159 orang mahasiswa baru ambilan Disember 2009/2010.

Oleh itu, warga kerja suaraUPSI mengucapkan selamat kembali ke UPSI kepada semua mahasiswa/i yang telah berjaya meneruskan pengajian semester baru ini. Warga kerja suaraUPSI juga mengucapkan tahniah kepada mahasiswa yang telah mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan akhir semester 1 sesi Julai 2009/2010 semoga dapat mengekalkan keputusan yang cemerlang pada semester ini.




No comments: