Monday, December 28, 2009

Kenyataan YDP Pimpinan Bitara dalam Harian Metro




















Tanjong Malim, 28 Disember 2009 - "Siswa berkemahiran insaniah ada kelebihan" begitulah tajuk artikel yang telah ditulis oleh Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009 iaitu saudara Mohd Hairie Bin Abdullah. Berita tersebut yang telah dikeluarkan pada hari ini mengulas bagaimana mahasiswa perlu mengukuhkan kemahiran insaniah dalam diri masing-masing untuk menempuh pasaran pekerjaan.

UPSI yang sebelum ini dikatakan sebagai Universiti yang melahirkan guru kini dalam proses melebarkan sayap untuk memasuki bidang swasta. Pengambilan mahasiswa baru seramai 159 orang ambilan Disember 2009/2010 baru-baru ini merupakan ambilan pasaran terbuka"Open Market" yang pertama dilakukan oleh UPSI.

Sebelum ini Menteri Pengajian Tinggi iaitu Dato' Seri Khaled Nordin yang datang ke UPSI pada bulan November lepas telah mengeluarkan kenyataan bahawa UPSI perlu bersikap lebih terbuka dalam memenuhi pasaran kerja dalam bidang pendidikan dan bukan hanya memfokuskan tenaga pengajar (guru) kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

Oleh yang demikian, mahasiswa perlu bersifat lebih proaktif dan bangkit dari zon selesa. Dalam kenyataan Hairie yang dikeluarkan akhbar Harian Metro hari ini "mahasiswa perlu mempunyai kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran kepimpinan sebagai persiapan diri bersaing di pasaran kerjaya".

selain itu, Hairie juga menyeru kepada mahasiswa agar menguasai elemen kemahiran keusahawanan selain akademik kerana gelombang globalisasi hari ini memerlukan mahasiswa mencari peluang. Melalui kemahiran keusahawanan, katanya, ia dapat menjana minda mahasiswa agar lebih kreatif dan kritis dalam penghasilan sesuatu produk. Berikut ialah pautan harian Metro hari ini http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Bestari/20091228095432/Article/indexv_html.

3 comments:

مَعهَدين الُمعلمْ said...

fuh...

hebat jugak YDP kita nie..
:)

fiRe stOon3 said...

menyokong penuh saudara hairie..

Anonymous said...

mcm ni la br best sentiasa update