Saturday, October 24, 2009

Mahasiswa UPSI kemalangan jalan raya

Tg Malim , 24 Oktober - Dua mahasiswa UPSI dilaporkan telah terlibat dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah motosikal dan kereta pada jam 11 malam semalam.

Dalam kejadian itu yang berlaku di Jalan Tg Malim - Behrang 2020 berhampiran Majlis Daerah Tg Malim , kedua-dua mahasiswa terbabit dari arah Behrang 2020 menuju ke Tg Malim bersama-sama rakan-rakan mereka yang menungang lima motosikal lain apabila penunggang motosikal RXZ terbabit hilang kawalan dan terbabas ke arah yang bertentangan manakala sebuah kereta Satria yang datang dari arah yang berlawanan terbabas ke dalam longkang berhampiran apabila cuba mengelak dari melanggar kedua-dua mangsa yang terseret di atas jalan raya.

Pembonceng motosikal terbabit , Umar Nurhadi b. Baharudin , mahasiswa semester 5 Pendidikan Geografi dilaporkan mengalami kecederaan yang tidak begitu serius dan dihantar ke Klinik Kesihatan Tg Malim namun terpaksa ditahan di wad di Hospital Slim River apabila doktor mengesyaki beliau mengalami kecederaan dalaman.

Penunggang motosikal terbabit, Mohd Afandi B. Abdul Manaf yang merupakan teman serumah dan satu kuliah bersama-sama Umar Nurhadi hanya luka-luka ringan di badan dan dibenarkan pulang ke rumah setelah menerima rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Tg Malim.

Mangsa yang mencetuskan suasana rungsing di kalangan teman serumahnya apabila enggan ke klinik setelah terbabit dalam kemalangan terbabit akhirnya mengalah apabila dipujuk oleh Setiausaha Agung MPP , Saudara Mohd Razik B. Khalid yang bergegas ke rumah mangsa setelah dimaklumkan oleh teman serumah beliau.

Setiausaha Agung MPP yang sebelum itu turut berada di tempat kejadian bersama-sama Timbalan YangDipertua MPP, Saudari Nor'Ain Bt Razak turut menenangkan mangsa-mangsa kemalangan dan menghubungi pegawai di Bahagian Kebajikan Pelajar , Jabatan Hal Ehwal Pelajar UPSI, En Muzammil B. Mahil untuk memaklumkan dan mendapatkan bantuan.

Pegawai terbabit berjanji akan menghulurkan bantuan yang sewajarnya dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada MPP kerana menghubungi beliau dan segera bertindak untuk membantu mahasiswa UPSI yang terbabit dalam kesusahan dengan inisiatif sendiri.

4 comments:

karim said...

oii pendrive tak boleh guna..
boleh tukar x??
bayo memahal setiap semester..
dapat barang x de kualiti???
silap..
bukan salah korang..
nie mesti salah pembekal...
korang bagus..
pembekal tu yang x ok..
aku budak bitara..
so boleh aa dapat pndrive baru ek...
penat aku kipas korang masa prk lepas...
-karik khar-

Perwakilan Sekretariat Rukun Negara UPSI said...

Tahniah MPP UPSI..Inilah yang kita harap dapat dipupuk dan diterapkan dalam jiwa setiap mahasiswa.

Anonymous said...

oh nak tunjukkan ada 2 MPP UPSI membantu...bagus2..yang blog disinun pun wat camni,, yang disininpun wat macamni..

sah2lah nak tunjuk masing2 buat kerjakan?...oklahh..
papepun good luck PRK nanti(dijangka Januari)

Anonymous said...

pemilik blog ni karim ye...karim mane ni??karim corner ke