Thursday, October 29, 2009

Dua mahasiswi UPSI meninggal dunia

Tg Malim , 27 Oktober - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI ) kehilangan dua anak kandung Suluh Budiman apabila mereka dijemput ke Rahmatullah dalam minggu ini.

Mahasiswi Pendidikan Muzik dari Fakulti Seni dan Muzik , Nurul Huda Bt Wahid meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) pada lewat tengah malam semalam . Punca kematiannya disahkan kerana menghidap penyakit barah.

Allahyarhamah yang berasal dari Bagan Serai , Perak dikebumikan di Felda Besout 5 , Sungkai , Perak .

Mahasiswi Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat (IT) semester 1 , Nor Adila Mohd Zawawi pula meninggal dunia apabila kereta Kancil yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga BLM di Putrajaya.

Allahyarhamah yang berasal dari Kelantan tetapi menetap di Selangor di kebumikan di Kajang bersama-sama ibu, kakak dan anak saudaranya yang berumur 3 bulan yang turut terkorban dalam kemalangan itu.

Pihak warga kerja SuaraUPSI dan MPP UPSI Pimpinan Bitara mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa.

No comments: