Thursday, October 29, 2009

Makluman : Kolokium bincang isu penempatan UPSI

Tg Malim , 29 Oktober - Susulan daripada pertemuan MPP UPSI dengan Setiausaha Politik Menteri Pelajaran Malaysia , Ustaz Syahrin B. Md Jamaludin berkenaan dengan isu penempatan mahasiswa UPSI, kedua-dua pihak pihak telah bersetuju untuk mengadakan satu program bagi membincangkan isu berkenaan.

Kolokium yang akan diadakan pada hari Jumaat (30 Oktober 2009) bertajuk "Masa depan dan hala tuju graduan UPSI.Siapakah aku?" akan dirasmikan sendiri oleh Setiausaha Politik Menteri Pelajaran Malaysia , Ustaz Syahrin B. Md Jamaludin.

Puan Faridatul Akma Bt Mat Taib , Timbalan Setiausaha Cawangan Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia akan memberikan penerangan tentang isu ini dan sesi dialog juga akan dibuka untuk mahasiswa UPSI bertanyakan sebarang persoalan yang bermain di minda mereka.

Program yang akan berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa UPSI akan bermula dari jam 08.30 hingga 11.00 pagi.

Pihak penganjur menjemput semua mahasiswa UPSI terutamanya pelajar semester akhir untuk datang ke majlis ini bagi mendapatkan sedikit sebanyak gambaran tentang masa depan mereka sebagai graduan UPSI.

No comments: