Sunday, October 4, 2009

RELEVANKAH AGM MPP???


Tanjong Malim, 4 Oktober 2009- Baru-baru ini, telah digembar-gemburkan bahawa MPP Kebajikan masih menunggu keputusan YDP MPP UPSI, Saudara Mohd Hairie Bin Abdullah, sama ada untuk mengadakan AGM MPP secara terbuka bersama mahasiswa atau tidak. Ada yang mengatakan AGM bagi MPP merupakan perkara WAJIB yang dilaksanakan untuk membentangkan apa yang telah dilakukan sepanjang menjawat jawatan MPP dari aspek kewangan, surat menyurat, aktiviti dan sebagainya.


Mahasiswa harus faham bahawa Majlis Perwakilan Pelajar merupakan “Majlis” dan bukan status seperti “Kelab” atau “Persatuan”. MPP termaktub dalam AUKU 1971 pindaan 2008 dan Perlembagaan berbanding kelab dan persatuan. Perlantikan MPP adalah melalui pilihan raya apabila kabinet MPP telah dibubarkan. Perjalanan MPP adalah seperti bayangan Kabinet Negara. Hal ini berlainan pula bagi kelab dan persatuan, AGM perlu dilakukan atas sebab perlantikan organisasi tersebut melalui AGM.


Bagi yang bersifat neutral tidak berpihak kepada mana-mana, tidak perlu menunggu MPP membuat AGM, PINTU MPP sentiasa terbuka buat mahasiswa/i UPSI datang untuk mengetahui perkara tindak tanduk MPP dari segi AKAMEDIK, KEBAJIKAN, KEWANGAN, AKTIVITI MPP DAN SEBAGAINYA agar ia lebih telus dan tidak memandang sebelah pihak sahaja.


9 comments:

Anonymous said...

lawak le univeristi korang ni.. kat UTM x macam korang pun..kebudak-budakkan..baek mpp korang jadi Persatuan dan Kelab je..so pemilihan MPP x yah le wat piliharan raya.wat je AGM.lantik terus mpp..maybe ni mentaliti cikgu kot

Abdul Rashid Husain said...

Salam.

Ini merupakan kali pertama saya memberi komen dalam blog. Sebelum-sebelum ini, nama saya dikecam oleh pelbagai pihak termasuk upsikini. Dan saya sentiasa mengabaikannya, Ini kerana saya pegang dengan kata-kata Dato VC, kita mahasiswa bukan orang politik tetapi kita berfikir secara akademik dan ilmiah. Walaubagaimanapun, topik ini menjadi hangat dan saya rasa ingin memberi pandangan dan perkongsian ilmu kepada seluruh pelajar UPSI. Kepada UPSIKINI yang suka memfitnah, tidak mengapa, Allah tahu siapa di pihak yang benar.

3 sidang saya bersama Majlis Perwakilan Pelajar, dan saya dapati, memang tidak ada AGM dilakukan. Bukan sahaja di UPSI malah di seluruh IPTA tidak dilakukan AGM untuk Majlis Perwakilan pelajar. Ini kerana MPP merupakan Majlis, kuasanya lebih besar daripada mana-mana persatuan di IPTA. Ini kerana peraturan dan pemilihan majlis perwakilan pelajar termaktub pada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Sepanjang bacaan dan pengetahuan saya dalam AUKU itu, tidak ada langsung seksyen atau perkara yang menyuruh untuk membuat AGM. Ramai yang tidak tahu tentang perkara ini. Dan diharap mahasiswa juga jelas dengan perkara ini.

Seterusnya, saya tidak pasti apakah perjuangan MPP di proksi kebajikan atau kualiti, Ini kerana kedua-duanya tidak menunjukkan prestasi seperti MPP sebelum-sebelum ini. Mana manifesto-manifesto yang dijanjikan baik Pro Kualiti mahupun Pro kebajikan??? Masing-masing saya mendapati, mencari kesalahan antara satu sama lain. Seorang sahabat saya pernah berkata, kita memang ideologi berbeza tetapi satu KERUGIAN besar sekiranya ianya tidak disatukan. Saya tidak nampak perkara ini, malah jelas kelihatan MPP berpuak-puak dan pecah kepada dua kumpulan besar.

MPP 08/09 jelas ketara mempunyai masalah dalaman yang begitu ketara sehingga usaha untuk menyempurnakan manifesto masing-masing diabaikan. Anda masih ada peluang sebelum MPP ini dibubarkan dalam tempoh masa terdekat ini.

Bersatulah mahasiswa UPSI agar Aspirasi Universiti dapat dicapai.
Dikesempatan ini, saya Abdul Rashid Husain ingin mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan saya sepanjang berada di UPSI. Saya adalah insan biasa. Doakanlah kejayaan saya untuk memperoleh sijil dekan buat kali ketujuh sem ini dan mendapat ijazah sarjana muda Perakaunan kelas pertama.

Banyak ilmu dan pengalaman yang dipelajari bersama Majlis Perwakilan Pelajar walaupun saya ini hanyalah rakan exco. Terima kasih dengan ilmu yang diberikan dan pengalaman di kampus merupakan satu pengalaman yang cukup indah. Banyak pahit dan banyak juga manisnya di UPSI.


ASPIRASI UNIVERSITI
SAYANGI UNIVERSITI KITA.


Abdul Rashid Husain
Sahabat Mahasiswa Universiti
Mahasiswa semester 7
Pendidikan Perakaunan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Anonymous said...

tu la pro kebajikan ni xreti ke MPP tu ape

Anonymous said...

Perlu ke bgtau sijil dekan kali ke tujuh Cha???

Anonymous said...

MPP ni pening..SRC UIA wat AGM ok je..walaupun AGM ni xwajib,kalu wat xpe kn??xdosa kn??student juz nk tau wan diorang ke mana..
MPP senang la kate gitu,anda y guna duit kami.2 y anda takut nk bentang ye..

Anonymous said...

MPPUPSI Dibawah auku..berbeza dengan mpp uia..bukn dibwh auku..
x perlu AGM sbb perbelanjaan mpp dh diaudit oleh pihak audit dalaman univeristi baru2 ni..x de masalah pun..next week mpp akn diaudit oleh MQA..tau x MQA tu ap..kalo x tau,pi cari spa tu MQA..betul kata rashid,slgi MPP x baiki masalah dalaman dhl,slg 2 mpp x kn bersatu.akhir nya mahasiswa yg rugi kerana kebajikan x terjaga

Anonymous said...

To Anonymous ke 5. Jangan samakan UIAM dengan IPTA lain. UIAM dikecualikan daripada AUKU 1971. Kowg paham ka x paham psal AUKU 1971. Universiti yg x gunapakai AUKU ialah UIAM kerana ad perlembagaan Univ sendiri. Kenapalah mahasiswa x pm2

Anonymous said...

ermmm...bagus rashid...diorg ni tak faham kot 'majlis' tu apa...diorg ingt sm kot dengan majlis mkn mlm tu...klw dah nm nya majlis, mn leh bentangkan kwgn...bkn takut..tp tu sume kerahsiaan yg perlu dijg...klw g kat cmpny2 besar pun,mn ada yg nak bg laporan kewgn..ntah pape lah...kpd yg buta undang2 tu,bc lah dl pasal AUKU...br leh ckp mcm2..mpp dilantik untuk menjaga kebajikan pelajar dan menjadi perantara pelajar dgn universiti,BUKAN UNTUK NAMA DAN KEPENTINGAN INDIVIDU.

1000base said...

'Ini kerana saya pegang dengan kata-kata Dato VC, kita mahasiswa bukan orang politik tetapi kita berfikir secara akademik dan ilmiah'

abdul rashid...

golongan kamu ni bakal menjadi pemimpin. pemimpin perlukan politik untuk memimpin. siapa yang kami harapkan nnt untuk jadi pemimpin politik kalau orang yang masuk universiti macam kamu semua ni berfikiran mcm tu? gunakan fikrah berfikir kamu..