Saturday, October 3, 2009

PRK Bagan Pinang : AMI UPSI terlibat politik luar

Tg Malim , 02 Oktober 2009 - Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang bertempat di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) turut menyaksikan kehadiran empat bekas mahasiswa UPSI yang menggelarkan diri mereka sebagai Alumni Mahasiswa Islam (AMI).

Mereka yang di maksudkan adalah Saudara Rijaluddin Bin Ahmad , Saudara Mohd Fikri Bin Ismail , Saudara Mohd Shahrizan Shahrin Bin Suni dan Suhainizam Bin Sharif. Saudara Rijaluddin juga dilihat mengibarkan bendera DAP dengan penuh semangat.
Kesemua mahasiswa ini adalah pelajar semester 8 dan telah menamatkan sesi praktikal masing-masing dan dijangka menerima ijazah pada upacara konvokesyen yang dijadualkan pada bulan Mac 2010 ini.

Menurut sumber , kesemua mahasiswa ini adalah bekas calon-calon Pilihan Raya Kampus yang ditolak oleh mahasiswa UPSI kerana mereka adalah penyokong kuat dan pengerak kepada gerakan Pro-Pembangkang yang cuba mengkucar-kacirkan mahasiswa UPSI dengan laporan yang bersifat fitnah dan aktiviti-aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam.

Kumpulan pelajar yang sama turut terlibat dalam menggerakkan protes senyap yang memalukan nama UPSI semasa persembahan nyanyian Jaclyn Victor dan Faizal Tahir pada Pesta Konvokesyen yang lepas. Sumber yang sama turut menyatakan bahawa kehadiran mereka pada proses penamaan calon seperti ini jelas membuktikan bahawa golongan pelajar seperti ini menjadi agen kepada parti politik luar untuk menyebarkan fahaman yang tidak sihat dikalangan mahasiswa UPSI.

"Sudah terang lagikan bersuluh" , ujar beliau ringkas.

Beliau menambah kumpulan pelajar yang sama membawa hasrat untuk berjumpa dengan salah seorang pemimpin kanan sebuah parti politik pembangkang untuk mengetengahkan satu isu yang berkaitan dengan UPSI. Isu yang dipelopori oleh mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai Pro-Kebajikan dikatakan diambil alih oleh AMI kerana golongan Pro-Kebajikan bimbang akan dikenakan tindakan tatatertib dari UPSI dan KPTM kerana mereka masih lagi dalam pengajian dan masih belum tamat seperti mana mahasiswa AMI. Beliau menasihatkan pelajar supaya menilai sendiri tindakan golongan Pro-Kebajikan dan AMI ini dan berharap mahasiswa UPSI akan menumpukan perhatian kepada pelajaran yang tentunya menjamin masa depan yang cerah dan cemerlang.



Saudara Mohd Shahrizan Shahrin Bin Suni


Saudara Rijaluddin Bin Ahmad

12 comments:

مَعهَدين الُمعلمْ said...

hahaha..hidup abg ijan..
hidup abg rijal..

Syahir Mohamad said...

Salam...
berani diorang ni..
heheh..
sapalah yg tangkap gambar..
staf upsi kot atau ....
tapi tak kan staf join pula..
pening2..

Anonymous said...

hahaha ijan dengan rijal tu anjing pas

Anonymous said...

Betul ke gambar tu? cam tipu jek.. pelik sebab shahrizan tak pakai kopiah..dan rijaludin plak pandang kamera..ermm bleh caya ke???

Anonymous said...

kalo x pakai kopiah bukan sharizan la yer??kalo pandang kamera bukan rijal la yer??robot pun boleh toleh kiri kanan,apatah lagi orang..fikir dlu sebelum komen yer??

Anonymous said...

jeng33333...sapa yg ambk gmbar diorg?tentulah staf upsi yg telah dibayar...hahahhahaha....

Anonymous said...

sape lagi kalu buka muzamil y amik gambar.kn muzamil kene kejar kt AMI ni.muzamil pun takut.sbb die pun mcm kempen gak.siap pakai baju hijau lg..

Anonymous said...

Muzamil lakukan tanggungjawab sebagai Staf UPSI. Mana-mana staf pon 2 mmg tugas dia sebagai pemantau PRK dan memastikan mahasiswa tidak terlibat dlm mn2 parti politik melainkan kebenran Naib Canselor.

Anonymous said...

kerja-kerja SB ni sama saje dimana-mana, ambik gambar, kenyataan dan mengekori orang-orang yang nak pejuangkan agama Allah.

Mereka ni lupa bahawa disamping mereka merekod pergerakan orang yang buat kerja Islam ni,pergerakan mereka juga sebenarnya sedang sedang direkod dan dicatat oleh mungkar dan nakir. Tiada yang terlepas daripada catatan kedua malaikat ini hatta kebajikan atau keburukan sekecil debu.

Bertaubat wahai pengekor sekalian,
apa anda nak jawab bila disoal dihadapan Allah kelak..

Insafi diri sblm terlmbt

Anti-Pas said...

oooo..yer ker perjuangkan agama Allah?? fitnah sana fitnah sini..pegang bendera DAP yang karpal kata langkah mayat dia dulu kalo nak tubuhkan negara Islam,negara agama Allah,ini ko cakap perjuangkan agama Islam???ko patut fikir dulu sebelum komen..

Anonymous said...

HAHA LANTAKLAH DORANG.
YANG KAU SIBUK KENAPA?
BUDAK2 ASPIRASI LEMBAP KEJAR BERITA TERKINI

Anonymous said...

Apa masalahnya kalau diorang nak gi and tak gi...low class politic mind set culture lah...nasib bek lah aku tak masuk upsi balik...rijal n ijan, buat apa yg you all rasa betul..