Sunday, October 18, 2009

PRK UPSI mungkin tahun hadapan

Tg Malim , 18 Oktober –Pilihan Raya Kampus (PRK) UPSI yang dijangka akan diadakan pada penghujung semester ini mungkin akan dijalankan pada awal semester hadapan mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Sumber yang sama berkata demikian dengan memberikan beberapa alasan iaitu ketiadaan kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) berikutan tarikh yang terlalu hampir dengan peperiksaan akhir semester,justeru itu tidak memungkinkan sebarang peluang untuk mengadakan kursus berkenaan yang biasanya diadakan secara tiga siri berturut-turut.

Sumber yang sama juga turut memetik kenyataan Menteri Pengajian Tinggi yang menyatakan bahawa mana-mana universiti yang tidak sempat mengadakan pilihanraya kampus boleh berbuat demikian pada semester hadapan.

Dalam pada itu , beberapa sumber yang rapat Pro-Kualiti dan Pro–Kebajikan pula menyatakan kedua-dua pihak telah membuat persediaan dan mula menjalankan kempen secara kecil-kecilan. Mereka juga dipercayai telah menggerakkan jentera pilihanraya masing-masing dan mungkin telah bersedia dengan senarai nama calon-calon mereka.

Sementara itu ,seorang sumber yang rapat dengan Pro-Kebajikan memberitahu terdapat beberapa nama yang telah disenarai pendek untuk mewakili mereka pada PRK yang akan datang. Antaranya ialah penyandang Exco Kesenian dan Kebudayaan serta Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP UPSI 08/09, Saudara Norhisyam b. Che Hamid dan Saudari Adriyani Bt Yamin.

Yang DiPertua Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Ungku Omar(YDP JMK KUO ) , Saudari Nurul Suhaida Bt Abd Rahim juga tersenarai sebagai salah seorang calon berdasarkan kesetiaan dan sokongan kuatnya kepada Pro-Kebajikan termasuklah ketika menjayakan protes senyap yang memalukan universiti pada Pesta Konvokesyen 11 Sidang 2 bulan Ogos yang lepas.

Sumber itu juga berkata, Presiden Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) , Saudara Nik Azrul Bin Nik Kamarudin juga dijangka terpilih sebagai calon berdasarkan kecenderungan peneraju persatuan itu yang “dinaikkan pangkat” untuk bertanding dalam pilihanraya kampus sepertimana yang dialami oleh bekas presiden PMS selama dua bulan , Saudara Akmal B. Madzir.

Mahasiswa semester 3 program AT23 , Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni ,Saudara Muhammad Saufi B Harun juga mendapat kepercayaan dari Pro-Kebajikan untuk mewakili mereka pada PRK yang akan kampus. Pemilihannya adalah dikatakan dibuat berdasarkan ikrar dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada golongan itu.

Sumber yang sama juga berkata jika PRK diadakan pada semester hadapan , lebih banyak lagi calon-calon yang akan dipertimbangkan kerana ruang masa yang ada akan membolehkan kedua-dua pihak meneliti dan memilih calon-calon yang betul-betul kuat dan bersih dengan majoritinya dijangka akan dipenuhi oleh muka-muka baru di kedua-dua belah pihak.

Untuk rekod, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah selesai mengadakan PRK dan telah bersidang untuk menentukan kabinet mereka.


Saudari Nurul Suhaida Bt Abd Rahim

Nik Azrul Bin Nik Kamarudin

Saudara Muhammad Saufi B Harun

15 comments:

ezzaFarEezaShahRizaL said...

chuai???kwn kls i kot,,pro kebajikan ke dia???kopius2~

Anonymous said...

nampaknya saudara/i suara upsi kena cari lagi beberapa nama yang bakal bertanding atas tiket pro kebajikan..pastinya saudara lagi terkezut..haha..ni baru berapa nama ja...

Ex-Kebajikan said...

Bdk2 pro kebajikan nie nmpk bagus jer..mcm alim jer tp keje out!! Sy penah bekerja dgn YDP KUO...katanya JMK dia bermslh x sokong dia...tp bila tnya JMK..baru lah tau yg YDP mereka mmg x tau wat keje...Sedey..sedey.. Presiden PMS pn sama je 2x5. Hanya nk jwtn tp x tu wat keje

Unknown said...

Aummm..hahahaha..

Anonymous said...

Kot pmpuan jd YDP.. mmg hncur lah kou tu... macm dh x da lelaki je kt sana ek... skrg ni pn mmg dh hncur pun... Ok lg YDP sblm2 ni.. ye lah.. pro kbajikan mana lah pndai memimpin,.. mereka ni biasanya hnye boleh dpimpin je... wt keja pn x tahu... klu nk Unvsti kita maju..jgn lah pilih org xyg x reti wt keja ni....

Anonymous said...

Chuai nk bertnding???lawak le...mula2 dulu respect gak kt dia..tp skang dh x lg..ak ingt lg ms dia boikot pesta konvo dgn alasan prinsip dia as a muslim..tp bl kenang balik knpa sblm dia jd ydpkuo dia x boikot hr terbuka kuo(kaswa)...siap bawak adibah noor(free hair) ngn wt battle of d band..x maksiat ka..chuai siap boleh jd ajk gerai n jualan lg masa tu..pandai chuai cr duit utk kolej kesayangan masa tu..maklum le kuo dihati.hehehe

nasihat pada chuai: kalo tu prinsip ko as a muslim,aku respect..tp napa ko guna prinsip ko bl nk boikot program org..knapa ko x guna prinsip ko masa buat progrm kolej ko??

'jgn jd kn prinsip islam itu sbg alasan kerana islam itu indah'

Anonymous said...

inilah masalahnya kalo perempuan jd pemimpin...sbb tu le kuo jd cam 2..skang ni aku tengok kuo tu..cam x de prog jew..dulu masa izi..nmpk gak le mcm2 prog.yg ada prog keagamaan je..hiburan pun nasyid je..dik,dlm islam berhibur x semestinya dgn nasyid..aku ni bukan le anti prog keagamaan..tp sian kt exco2 jmk kuo x dpt wt progrm yg sesuai dgn portfolio diorang..kalo hntr p/work kt chuai suh cek,ad je yg x kena...

kalo cam tu kn,baek ko tukar je nama exco2 yg ada..contohnya exco perpaduan n intergrasi DENGAN Kerohanian, Exco Keusahawanan n Ekonomi DENGAN Kerohanian,Exco Kesenian n Kebudayaan DENGAN kerohanian...

pokoknya,tambah semua DENGAN Kerohanian dalm semua exco....barulah seimbang dunia n Akhirat..betul x chuai

p/s: YDP JMK KUO Dengan kerohanian, TYDP JMK KUO Dengan Kerohanian, NYDP KUO dgn Kerohanian DLL...sedap gak kan...

Anonymous said...

pecah rahsia sape calon dia terus membohong cakap xmau bertanding PRK tahun depan..orang2 ngaku Islam ni kuat betul auta nya..setahu aku diorang ni giler kuasa..tengok la mentor2 diorang kat Dewan Undangan Negeri Perak nie..

raidi said...

Aik..
kesian sungguh kepada 2 orang yang takde kena mengena sebagai calon kebajikan tu..

Aku terlibat dalam pengisytiharaan calon kebajikan...

xde lak cakap yg YDP KUO dan Saufi tu terlibat..

Ermm.., kesian sungguh..
Fitnah--fitnah..
patutla dalam Quran sebut fitnah tu lebih JAHAT daripada membunuh. memang besar kesan fitnah. hinggakan fitnah yang berlaku disini membawa fitnah oleh kawan2 org yg difitnah itu..

Apela nasib penulis blog nanti..
Nauzubillah...

Anonymous said...

Ala.. kot penulis UPSIKINI tu wt fitnah x pa lah.. lg byk fitnah yg dia org buat, nk tau apa? MEMBOHONG,FITNAH, MELOBI, MENCARUT, MENGEDIK, MENGATAL, & mcm2 mem lah... dah lah suka melagakan org lain.. byk berita yg disampaikan x tepat langsung.. ko org leh buat benda tu... aku rasa nasib dia lg teruk dr penulis blog ni... nk tau sebab apa? mulut penulis tu lahar sangat.. macam pungkok ayam...

bajek bagus sangat la... so, kpd suara upsi teruskan perjuangan anda... kami akn sentiasa menyokong anda.. bglah berita terkini berkaitan universiti kepada kami...
'

Anonymous said...

Salam..Saufi tu aku boleh confirmkan mmg tak terlibat..

g pun die tu artis dah..korg xdengar IKIM ke??top3 dah lbh 4minggu..mnggu dpn dgr lg ok??

Anonymous said...

alllaaaa..pro kebajikan propa je lebih..dh ad pengisytiharan calon konon.. xpernah dgr pun..isytihar kat mana bang?ntah2 calon pun x de...cam pro-M uum konon isytihar 20 org calon bertanding.sudah ny 6 org jew yg bertanding..tu pun tangkap muat..naseb baek menang 2 kerusi..kalo x,malu besar..

Anonymous said...

chuai ydp kolej kuo dia la yang menyebabkan kami pelajar lelaki kene buang dari kolej..lepas tu aras 1 blog lelaki dijadikan tmpt utk pompuan..chuai punya keje la tu

Anonymous said...

ehm...chuai pompuan, izi 2 lelaki ker??kompius la??

Anonymous said...

izi tu separa..ahahahaha