Sunday, October 18, 2009

UPSI dapat Anugerah Perdana Festari Makum 09

Tg Malim , 18 Oktober – Kumpulan tarian UPSI , Destar Limar berjaya mengharumkan nama UPSI sebagai sebuah universiti serba boleh apabila memenangi Anugerah Perdana pada Festival Tarian Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (Festari Makum) 09 yang di adakan di Dewan Chanselori Tuanku Abdul Rahman , Universit Kebangsaan Malaysia(UKM) yang berakhir semalam.

Kumpulan Destar Limar seramai 17 orang yang yang dipimpin oleh Koreografer, En Zulhazmi b. Elias dan Pengurus, En Nurfaizal Fariz b. Sahdan telah mempersembahkan tarian tradisional bertajuk Inang Kapai dan Zapin Putar Alam dan tarian kreatif berjudul Ngang Si Ngalang telah berjaya memikat hati para juri untuk memberikan anugerah tersebut kepada UPSI selain 4 lagi universiti iaitu UiTM,UNIMAS,UKM dan UPM.

Sementara itu , untuk kategori lain yang dipertandingkan , UKM selaku tuan rumah menggondol 3 anugerah iaitu bagi kategori Susunan Muzik Tradisonal , Kostum Kreatif dan Pereka Tari Tradisional manakala kategori Susunan Muzik Kreatif dan Kostum Tradisional dimenangi oleh UiTM dan UTM.

Untuk kategori Pereka Tari Kreatif , UPM berjaya membawa balik anugerah tersebut manakala UiTM dan UPM masing-masing dengan anugerah bagi kategori Kumpulan Tradisional dan Kreatif Terbaik .

Hadiah bagi kategori Anugerah Khas Juri Festari Makum 09 telah dipilih sebulat suara untuk disampaikan kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) , Nilai , Negaeri Sembilan.

No comments: