Wednesday, October 7, 2009

Penempatan lewat : MPP UPSI hubungi TPM dan Ketua Pengarah KPM

Tg Malim , 07 Oktober - Dalam usaha untuk memastikan keesahan isu penempatan lambat, pihak Kepimpinan Bitara MPP UPSI mengambil langkah tambahan dengan menghubungi sendiri Timbalan Perdana Menteri(TPM) , Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin dan Ketua Pengarah (KP) Kementerian Pelajaran Malaysia , Yang Berbahagia Dato' Haji Alimudddin B. Haji Mohd Dom .

Timbalan Perdana Menteri yang berada di Sarawak semalam mengesahkan melalui Setiausaha Politik beliau ,Ustaz Syahrin B.Jamaludin, bahawa dalam pengetahuan beliau perkara sedemikian tidak pernah dibincangkan dalam apa jua mesyuarat dan beliau sendiri tidak pernah mendapat sebarang maklumat tentang perkara berkenaan.

Beliau yang jelas terkejut dengan dakwaan berkenaan menasihati semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan yang tidak diketahui hujung pangkalnya.
Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia yang dihubungi melalui Setiausaha Peribadi beliau, En Shamsuri B. Jami, juga mengesahkan bahawa tiada hitam putih tentang perkara berkenaan .

Beliau menambah apa yang berlaku mungkin hanya sekadar khabar angin yang sengaja dicipta oleh sesetengah pihak yang ketandusan isu. MPP UPSI Pimpinan Bitara akan berusaha untuk mendapatkan kenyataan dari pihak-pihak yang sepatutnya sehinggalah ada penjelasan yang lengkap tentang perkara ini.

4 comments:

Anonymous said...

Mpp kebajikan tu nk publisiti murahan je... bila aku dok komen yang benda yg benar dia x kluarkan dalam blog tersebut.. UPSI KINI cuba untuk melagakan pelbagai pihak.. so marilah kita beramai2 menyokong kepimpinan bitara ni... upsi kini juga cuba menyekat komen2 yg mempunyai kebenara... kalau lah upsi kini benar2 ikhlas dia x kan sekat komen2 yg kita tulis... nampak sangat dia takut pada kebenaran.. kpd suara upsi terukan perjuangan anda... kami akn sentiasa menyokong anda dari belakang....

Anonymous said...

tolonglah kalau boleh jangan ada yang xposting, saya masuk ke UPSI sebab nak jadi cikgu

Anonymous said...

a'a..sokong,sgt,,upsikini rupanya sebar khabar angin,,ingat sume cerita dlm upsikini tu betol,,rupanya pelajar upsi da tertipu,,eish3,,teruk betol upsikini tu,,penat je aku caye kt blog tu,,penyebar khabar angin yg berjaya rupanya,,

*by:efs'z*

Anonymous said...

saya baca upsi kini menyakitkan hati saja..sik kutuk2 orang, kutuk dak2 ismp..sal posting lak duk cakap kami xlayak, xberkualiti..mulut celupar..nak kna bakar kat akhirat..teruskan perjuangan kita!!!!