Wednesday, October 7, 2009

Isu penempatan : Dakwaan Exco MPP jumpa Prof Zakaria diragui

Tg Malim , 07 Oktober - Episod penempatan mahasiswa UPSI ke sekolah-sekolah yang bermula dari hujung minggu yang lepas memasuki episod baru pada hari setelah pihak SuaraUPSI menerima kiriman daripada seorang pengirim yang tidak mahu dikenali , dipercayai kakitangan UPSI yang bekerja di Bangunan Chanselori.

Dalam e-melnya,beliau berkata dakwaan seorang Exco MPP yang berjumpa dengan TNC A&A amat meragukan sekaligus menafikan laporan bahawa Prof Zakaria Kasa pernah mengadakan perjumpaan dengan mana-mana pelajar apatah dengan Exco berkenaan pada pagi Isnin 05 Oktober 2009. Ini kerana menurutnya , Prof Zakaria mempunyai mesyuarat bermula dari awal pagi dan berlanjutan sehingga lewat tengahari manakala pada jam 02.30 petang , beliau menghadiri Mesyuarat Auditan COPIA bersama - sama Dato' Naib Canselor di Bilik Mesyuarat BMUC sepertimana yang tertera pada Memo dari Pejabat Naib Canselor bernombor UPSI/NC/AD/142(2).

Beliau juga menambah tidak ada sebarang rekod yang menunjukkan kedatangan mana-mana tetamu pada buku kedatangan pelawat di Pejabat TNC A&A dan beliau bersedia untuk menunjukkan buktinya jika ada pihak yang mahu beliau berbuat demikian. Untuk rekod , Prof Zakaria Kasa hanya menemui YDP MPP UPSI pada petang Isnin (05 Oktober 2009 ) lebih kurang jam 04.30 petang setelah mesyuarat tersebut tamat.

1 comment:

Anonymous said...

pembetulannya...mmg ada pljar yang jmpa TNCA pg Isnin,5 oktober 2009. anda blh semak dl rekod tetamu di kaunter hdpan BC