Tuesday, October 6, 2009

Penempatan lewat : Masa depan mahasiswa UPSI di tangan politikus

Tg Malim , 06 Oktober - Isu penempatan lewat yang bermula pada hujung minggu yang lepas telah mengundang pelbagai reaksi dari mahasiswa UPSI . Antara cadangan yang dikemukakan kepada pihak SuaraUPSI adalah untuk mendapatkan pandangan dari pihak-pihak luar terutamanya dari mereka yang terbabit dalam bidang politik dan pendidikan negara.

Pihak SuaraUPSI berjaya mendapatkan pandangan seorang ahli politik terkenal dalam kawasan Batang Padang ini melalui pihak ketiga . Menurut ahli politik berkenaan yang sudah berkecimpung hampir 30 tahun dalam politik negara , adalah tidak mustahil jika perkara berkenaan berlaku kerana tampuk kepimpinan negara yang memegang kuasa dari segala peringkat jawatan adalah terdiri daripada ahli-ahli parti politik yang memerintah.

Beliau menceritakan dalam dunia politik tidak ada perkara yang mustahil kerana dalam sekelip mata lawan boleh menjadi kawan dan kawan boleh menjadi lawan. Beliau menjelaskan perkara ini ada kaitan dengan kehadiran lapan orang Exco MPP UPSI yang menamakan diri mereka sebagai Pro-Kebajikan dan cenderung untuk menyokong pihak pembangkang dalam konteks senario politik negara dan golongan seperti ini lazimnya akan dianggap sebagai penentang kepada dasar-dasar dan polisi-polisi pihak yang memerintah negara.

Beliau menambah,bila perkara seperti ini terjadi, pihak yang memerintah akan mengambil tindakan mengenakan tindakan dan hukuman berbentuk "collective punishment" seperti melewatkan penempatan mereka ke sekolah - sekolah kerana dikhuatiri guru-guru yang dikeluarkan UPSI akan menyebarkan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aspirasi kerajaan. Katanya lagi, jika dilihat kepada logik akal,adalah tidak adil untuk menghukum semua mahasiswa hanya kerana beberapa orang Exco MPP yang tidak sehaluan dengan kerajaan yang memerintah negara tetapi segalanya mungkin apabila berada di tampuk kuasa.


Beliau juga dilaporkan sebagai berkata untuk mengelakkan masalah ini daripada terjadi, mahasiswa harus bijak membuat pemilihan tentang siapa yang akan mewakili mereka terutamanya di dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pemilihan orang yang salah akan menyebabkan universiti dicop sebagai universiti pembangkang seperti mana yang dialami oleh beberapa universiti terkemuka di Malaysia.


Beliau mencadangkan mahasiswa agar membuat pilihan yang selamat dengan memilih wakil-wakil pelajar yang sehaluan dan mempunyai aspirasi yang sama dengan kerajaan. Ini akan memudahkan segala urusan terutamanya bila melibatkan isu-isu yang berkaitan dengan masa depan mahasiswa ini.


Beliau menambah bahawa segala pandangan yang dikemukannya adalah merupakan pendapat beliau secara peribadi dan tidak mewakili sebarang pihak yang berkepentingan dan terpulanglah kepada mahasiswa yang disifatkannya mempunyai daya intelek yang tinggi untuk menilainya.
Pendapat yang berlainan pula disuarakan oleh seorang guru besar salah sebuah sekolah menengah di sekitar kawasan Batang Padang ini . Beliau berhujah kepada SuaraUPSI mengatakan perkara tersebut tidak mungkin akan terjadi kerana jelas dan nyata negara sedang menghadapi kekurangan guru-guru yang disifatkannya berada pada tahap yang serius.

Katanya, pengalaman menjadi guru selama 30 membuktikan sesebuah sekolah terutamanya di kawasan bandar menghadapi masalah kekurangan guru-guru yang serius dan pengambilan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) membuktikan dakwaannya.
Beliau menceritakan pengalamannya yang memohon guru tambahan untuk sekolahnya tetapi jawapan balas yang diterima dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) ternyata amat mengecewakan dengan kebanyakkan permohonannya ditolak ataupun diberikan tambahan guru -guru baru tidak seperti yang diminta.
Sebelum mengakhiri pendapatnya, beliau menegaskan negara tidak akan sesekali menghadapi lambakan graduan dalam bidang pendidikan kerana permintaan yang sentiasa tinggi dan mengumpamakan isu ini sebagai cubaan menangguk di air yang keruh oleh mahasiswa yang cetek minda dan dangkal fikiran.

4 comments:

Anonymous said...

bijak..idea yang matang..sekali sekala besh gak dengar pendapat orang lain..teruskan usaha..

Anonymous said...

INI SATU KONGKONGAN PEMIKIRAN YANG DIMAINKAN OLEH ORANG POLITIK.IA JUGA SATU UGUTAN KEPADA MAHASISWA. UGUTAN SEPERTI INLAH YANG MENYEBABKAN MAHASISWA SEPERTI DICUCUK HIDUNG.IKUT APA SAJA KATA PEMERINTAH KERANA TAKUTKAN SESUATU.
KALAU PERKARA INI BERTERUSAN,MASA DEPAN NEGARA AKAN PUNAH.

Anonymous said...

hahahaha..sebab eden pandai IT,eden tau orang yang sama bagi sampai tujuh komen utk posting yang berlainan,start dari jam 5.27 sampai jam 6.00 petang..Jgn ingat eden xtahu sapo ekau,eden dah ada IP Add ekau yer?Bukan susah nak hack blog ni pun..hahahaha..Hati2 la yer?ekau ni balaci ke kuda tunggangan ?ke keldai?ntah2 lembu x yang dicucuk hidung ditarik ke sana sini?

Anonymous said...

eleh si eden pandai it tp bodoh gak berbahasa