Tuesday, October 6, 2009

Cenderamata MPP UPSI : Dari mahasiswa,kepada mahasiswa,untuk mahasiswa


Tg Malim, 6 Oktober 2009- Penyerahan cenderamata yang memasuki Fasa ke 2 pada hari ini menyaksikan mahasiswa UPSI mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kepimpinan Bitara MPP UPSI dan keseluruhan mahasiswa amat gembira kerana MPP telah menghargai sumbangan setiap mahasiswa yang sentiasa menjaga nama baik mereka dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Kepimpinan Bitara.

Pihak SuaraUPSI yang berada berdekatan dengan Bilik Mesyuarat MPP di Bangunan Bitara dapat melihat sendiri proses pembahagian cenderamata tersebut. Pihak Kepimpinan Bitara telah menetapkan jadual untuk setiap kursus pengajian supaya tidak berlaku kesesakan dan ini jelas terbukti proses tersebut berjalan lancar tanpa segala masalah.
YDP MPP UPSI, Saudara Mohd Hairie B. Abdullah ketika ditemui di tempat yang sama menyatakan bahawa pemberian "pendrive" ini adalah sebagai penghargaan kepada semua mahasiswa.

"Walaupun cenderamata ini adalah tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan universiti lain , kami berbangga dapat melakukannya untuk semua mahasiswa UPSI yang menyokong aspirasi universiti , tambahan pula ini adalah tanggungjawab dan amanah kepada kami semua untuk ditunaikan kepada semua mahasiswa",ujar beliau lagi.

"Dari mahasiswa,kepada mahasiswa,untuk mahasiswa", ujar beliau ringkas sambil memohon diri untuk menghadiri perjumpaan bersama Dato' Naib Canselor.
Sementara itu , mahasiswa yang sempat ditemui melahirkan rasa gembira dengan apa yang mereka sifatkan sebagai durian runtuh. Nor Shahida , pelajar tahun kedua menyifatkan "pendrive" ini sebagai hadiah yang amat bermakna buatnya.

"Walaupun saya telah memiliki beberapa "pendrive" namun siapa yang tidak gembira bila mendapat sesuatu secara percuma", ujarnya yang jelas gembira.
Seorang lagi mahasiswa, Mohd Hafiz , 19 tahun , berpendapat bahawa pemberian ini patut diberikan dari awal semester lagi. "Kalau bagi awal-awal kan senang,tak payahlah saya beli dah tapi terima kasih banyak-banyak lah yer",katanya sambil membelek-belek "pendrive" itu.

Untuk rekod , sehingga hari ini sebanyak 1600 "pendrive" telah di serahkan kepada pelajar dari tiga fakulti iaitu Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Fakulti Sains Sukan dan Fakulti Sains dan Teknologi. Butiran lanjut untuk serahan seterusnya adalah seperti dibawah :

Penyerahan Cenderamata MPP Kepimpinan Bitara Fasa 2

Fakulti Sains Teknologi

Tarikh : 06 Oktober 2009(Selasa) .
Masa : 11.00 pg - 5.00 ptg.
Tempat : Bangunan Bitarasiswa UPSI.

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Tarikh : 07 dan 08 Oktober 2009(Rabu dan Khamis).
Masa : 11.00 pg - 5.00 ptg.
Tempat : Bangunan Bitarasiswa UPSI.

Fakulti Seni dan Muzik

Tarikh : 09 Oktober 2009(Jumaat).
Masa : 10.00pg-12.00 tghari dan 3.00ptg- 5.00ptg.
Tempat : Bangunan Bitarasiswa UPSI .

3 comments:

Anonymous said...

ini lah dia MPP pimpinan bitara, teruskan usaha anda..kami pelajar UPSI menyokong usaha ini

karim said...

yaa ini lah dia MPP pimpinan bitara..
bitara samgat sampai pendrive aku x boleh guna..
bukan aku je..
cuba try bukak survey tanya budak upsi nie bape org yang pndrve dia rosak..
bayo memahal yuran mpp..
dapat barang harga aku pun x tau bape..
mmg patut aa ada open AGM..
bagi sume budak tau mana duit pi...
tapi korang mmg bagus..
nie sume salah pembekal..
aku pun ada link pembekal pndrve..
boleh je dpat yang murah n ok..
kalau nak..
nanti aku dtg bilik MPP..
bagi masa, tarikh, n sape yang patut aku jumpa..
prk lepas penat aku kipas korang..
tapi kompom korang x kenal aku..
haha..
-karim-

Anonymous said...

yaa ini lah dia MPP pimpinan bitara..
bitara samgat sampai pendrive aku x boleh guna..
bukan aku je..
cuba try bukak survey tanya budak upsi nie bape org yang pndrve dia rosak..
bayo memahal yuran mpp..
dapat barang harga aku pun x tau bape..
mmg patut aa ada open AGM..
bagi sume budak tau mana duit pi...
tapi korang mmg bagus..
nie sume salah pembekal..
aku pun ada link pembekal pndrve..
boleh je dpat yang murah n ok..
kalau nak..
nanti aku dtg bilik MPP..
bagi masa, tarikh, n sape yang patut aku jumpa..
prk lepas penat aku kipas korang..
tapi kompom korang x kenal aku..
haha..
-karim khar-