Tuesday, October 20, 2009

MPP Pimpinan Bitara ke Putrajaya selesaikan isu penempatan

Tg Malim , 20 Oktober - Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI (YDP MPP UPSI), Saudara Mohd Hairie B. Abdullah bersama-sama Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, Saudara Mohd Razik B. Khalid telah mengadakan satu perjumpaan dengan Setiausaha Politik Menteri Pelajaran Malaysia , Ustaz Syahrin B. Md Jamaludin untuk membincangkan masalah yang berkaitan dengan isu penempatan mahasiswa UPSI selepas tamat graduan nanti.

Perjumpaan yang diadakan dengan Setiausaha Politik Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri berlangsung di pejabat beliau di Parcel E , Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dari jam 3 hingga 5 petang.

Dalam pertemuan itu , Ustaz Syahrin menjelaskan ketika Yang Berhormat Datuk Sri Hishamuddin Tun Husein memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran Malaysia dan Yang Berhormat Dato' Mustapa Bin Mohamed sebagai Menteri Pengajian Tinggi , keutamaan untuk penempatan ke sekolah-sekolah adalah diberikan kepada mahasiswa UPSI berdasarkan kefahaman mereka akan kepentingan UPSI sebagai satu-satunya universiti yang mengeluarkan graduan dalam bidang pendidikan secara keseluruhan dan budi bicara serta bidang kuasa seseorang menteri itu dalam isu ini.

Menurutnya lagi,sebelum ini tidak ada sebarang perjanjian rasmi yang menyatakan graduan UPSI akan dijanjikan penempatan ke sekolah-sekolah sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian dan oleh kerana perubahan tampuk kepimpinan negara daripada Yang Berbahagia Tun Abdullah Badawi kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd Najib B. Tun Razak,maka terdapat beberapa perubahan dalam dasar dan polisi kerajaan yang memerintah.

Beliau menjelaskan Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran yang menyedari akan perubahan dasar dan polisi kerajaan ini telah berusaha untuk menyesuaikannya dengan keadaan yang terjadi sekarang. Bagaimanapun beliau menegaskan graduan UPSI tidak diberikan keutamaan kerana pada dasarnya semua graduan UPSI perlu memohon penempatan sepertimana yang dilakukan sejak dari dahulu lagi.

Beliau menegaskan bahawa khabar angin mengatakan penempatan akan dibekukan atau dilewatkan disebabkan masalah kewangan adalah tidak benar sama sekali kerana selaku kerajaan yang mengutamakan rakyat dan mendahulukan pencapaian , peranan seorang guru adalah amat penting untuk membina negara bangsa yang berjaya.

"Kami di KPM selaku majikan pasti akan mengambil pekerja yang terbaik dalam kalangan yang terbaik apatah lagi ianya melibatkan masa depan graduan yang bakal mendidik generasi muda sebagai modal insan berkualiti untuk memimpin negara pada masa yang akan datang" , ujar beliau lagi.

Ustaz Syahrin juga menasihatkan graduan UPSI agar bijak merebut peluang untuk mendapat penempatan kerana persaingan yang dihadapi dengan graduan lain semakin mencabar dari sehari ke sehari. Ini disebabkan jika graduan lalai dalam isu ini , maka peluang penempatan mereka akan disambar oleh orang lain.

"Peluang menuntut selama 4 tahun di UPSI hendaklah digunakan sebaik-baiknya untuk mengasah bakat kepimpinan dan kemahiran insaniah . Pelbagai penglibatan aktiviti ko-kurikulum haruslah direbut selari dengan keputusan akademik yang baik agar ianya menjadi nilai tambah sewaktu sesi temuduga dijalankan ", ujarnya sebelum mengakhiri pertemuan dengan MPP UPSI petang tadi.

6 comments:

BudakDPLI said...

Ada pihak bgtau pasal blog ni kat kami..apa yang istimewa sangat dengan blog nie..

Anonymous said...

blog nie berita sahih dari MPP...nk tau ttg MPP tgk blog MPP bukan nk tau ttg MPP tp tgk blog lain...fkir2 kn

Anonymous said...

yer ker

Anonymous said...

blog lain yang ade tu cume create isu untuk jual nama..blog ni untuk fahamkan student tentang perkara sebenar

Raja Hasbullah said...

ooo...
baru aku faham..
Blog proksi UMNO..

haha..

Anonymous said...

kalau blog ni proksi UMNO pun aku xksh...jnji berta dia benar...wahai raja hasbullah jgn mck kan politik2 dlm blog k...politik 2 dunia luar.kita ni kampus..study pun xabz nk cerita politik..mak ayah hantar ke cini untuk blajar bukan BERPOLITIK....