Tuesday, October 20, 2009

Makluman : Projek Warga UPSI 2009

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Inisiatif Kewarganegaraan Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Projek Warga bagi Sekolah Bitara dan Sekolah Projek CCS di negeri Perak.

Tarikh:24 Oktober 2009
Masa:8.00 pagi
Tempat:Auditorium 1 & 2, UPSI

Tarikh:25 Oktober 2009
Masa:8.00 pagi
Tempat:Dewan Rahman Talib, UPSI

Projek Warga ini merupakan satu program kewarganegaraan yang ditujukan kepada warganegara golongan remaja, khususnya pelajar sekolah di peringkat menengah rendah. Ia bertujuan menggalakan mereka melibatkan diri secara aktif dan secara berkumpulan untuk mengenal pasti masalah awam, terutamanya di peringkat tempatan, seterusnya mencari alternatif terbaik bagi menyelesaikannya. Projek ini juga selaras dengan hasrat Yg. Berhormat Perdana Menteri Malaysia untuk merealisasikan “1 Malaysia” melalui kerjasama pelajar tidak mengira kaum, agama dan bangsa.

No comments: