Thursday, October 15, 2009

Mantan Setiausaha MPP 07/08 terima Anugerah Nadi Negara

Tg Malim , 15 Oktober - Mantan Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 07/08 , Khasyatul Rodziah Bt Ilias telah terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Nadi Negara yang disampaikan oleh Kerajaan Malaysia pada perhimpunan Agung UMNO semalam.

Graduan Pendidikan Sekolah Rendah (PSR) dipilih sebagai penerima anugerah tersebut sebagai pengiktirafan kepada graduan yang cemerlang akedemik dan aktif dalam bidang ko-kurikulum terutamanya dalam kemasyarakatan .

Anugerah itu juga bertujuan menyemai bakat kepimpinan sebagai persediaan melahirkan golongan pemimpin bagi menerajui negara pada masa yang akan datang. Kriteria pemilihan penerima anugerah tersebut adalah berdasarkan graduan-graduan yang aktif sepanjang bergelar mahasiswi samada diperingkat universiti mahupun nasional . Antara kriteria yang dinilai adalah khidmat kemasyarakatan , NGO , persatuan -persatuan dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan penglibatan di dalam mana-mana sayap sesebuah parti politik .

Setiap penerima anugerah membawa pulang wang tunai bernilai RM 500.00 ,seutas jam tangan Tissot , plak dan sijil penghargaan .

Khasyatul Rodziah ketika dihubungi melalui telefon berkata beliau tidak menyangka sama sekali akan menerima anugerah tersebut kerana persaingan yang cukup hebat dari kalangan mahasiswa diseluruh negara.

"Ada di antara penerima anugerah tersebut bakal melanjutkan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) sedangkan saya baru sahaja menggenggam ijazah sarjana muda dan saya berasa amat bersyukur dengan kurniaan yang tidak disangka-sangka ini ", ujarnya yang masih lagi dalam keadaan terkejut.

"Mungkin inilah berkat doa ibu bapa saya yang tidak putus-putus memohon ke hadrat Illahi selain kerja keras dan ikhlas dalam melakukan apa jua perkara sepanjang empat tahun menjadi anak kandung Suluh Budiman ", tambah beliau lagi.

Ketika ditanya dakwaan sebuah laman blog yang mendakwa beliau menerima anugerah dari UMNO, beliau hanya mampu ketawa.

Menurutnya , golongan seperti ini akan membantah dan membangkang apa sahaja yang dibuat oleh orang lain tanpa justifikasi yang tepat.

"Mungkin diorang ni dengki kot", ujarnya sinis.

Beliau menambah , laporan tentang anugerah yang diterimanya sengaja diputar belitkan supaya pembaca akan terpengaruh dengan dakyah kotor dan pemikiran sempit mereka ini.

Beliau berkata anugerah yang diterimanya adalah dari kerajaan Malaysia dan hanya disampaikan melalui Perhimpunan Agung UMNO dan tidak ada sebarang kaitan dengan parti politik yang memerintah negara itu.

"Jika dikatakan saya menerima anugerah dari UMNO , maka anak-anak Kelantan , Selangor dan Pulau Pinang pula menerima tajaan dari parti PAS, Keadilan dan DAP ", katanya merujuk kepada kepada pinjaman dan biasiswa yang diberikan oleh kerajaan negeri-negeri tersebut.

"Dalam hal ini , beberapa "oang kuat" golongan tersebut juga seperti Tengku Abdul Ghafar b. Tengku Ahmad dan Khairul Bariah Bt Abd Halim juga boleh ditafsirkan menerima"anugerah" dari UMNO dalam bentuk tajaan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana UMNO adalah tulang belakang kepada gabungan parti-parti politik yang membentuk Barisan Nasional (BN)", jelas beliau panjang lebar.

Sebelum mengakhiri perbualan , beliau menasihatkan mahasiswa UPSI supaya menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan tidak terlibat dengan politik luar seperti yang dilakukannya supaya berpeluang menerima anugerah yang dapat mengharumkan nama keluarga dan universiti.

3 comments:

pengampu Allah said...

Dalam hal ini , beberapa "oang kuat" golongan tersebut juga seperti Tengku Abdul Ghafar b. Tengku Ahmad dan Khairul Bariah Bt Abd Halim juga boleh ditafsirkan menerima"anugerah" dari UMNO dalam bentuk tajaan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana UMNO adalah tulang belakang kepada gabungan parti-parti politik yang membentuk Barisan Nasional (BN)", jelas beliau panjang lebar.

kalau KPM dikira anugerah dari umno maka umno harus ingat ini semua anugerah dari Allah so anugerah ini perlu diagih-agihkan mengikut apa yang Allah syaratkan(bg pd yg layak).

p/s sy tgk blog ni mcm pengampu umno je.ampu Allah lg baik.

Anonymous said...

ni sekor lagi mangkok..kalo orang lain semua salah , dia je yang betul..dah dia dapat dari kerajaan,wat per nak g tulis UMNO?saja ja kan bagi orang salah faham..Iman dengan Islam pun dari Allh jugak kan..pas tu knp ada orang nak ngaku dia beriman dan Islam lagi orang lain?Watpe?Watpe?Jawab sikit..Kebajikan pun dari Allah jugak..yang ko nak ngaku ko lebih dari orang tu kenapa???

Anonymous said...

tahiah buat kak kasya