Wednesday, October 14, 2009

"Hairie tidak bersalah": Hamba Allah

Tg Malim , 14 Oktober - Isu kenyataan YDP MPP UPSI , Saudara Mohd Hairie B. Abdullah yang dimanipulasikan oleh sebuah laman blog pembangkang telah mengundang beberapa pihak yang tahu akan cerita sebenar untuk berkongsi hal yang sebenar dengan pembaca SuaraUPSI.

Kiriman e-mel dari seseorang yang menamakan dirinya sebagai Hamba Allah yang mendakwa dirinya turut hadir pada malam mesyuarat tersebut . Berikut dilampirkan kiriman penuh e-mel berkenaan.

"Sebelum tamatnya pertemuan dengan semua president kelab dan persatuan, YDP telah dipersoal oleh seorang wakil dari Persatuan Pendidikan Islam, yang mana soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan isu posting. Perkara yang dipersoalkan kenapa pelajar dari Pendidikan Islam kurang ambilannya pada tahun ini, adakah ia disebabkan oleh masalah posting yang akan berlaku pada tahun hadapan. Jawapan yang diberikan oleh YDP MPP ringkas sahaja di mana ambilan pelajar pada setiap tahun hasil dari unjuran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya ambilan di UPSI tidak ramai, ambilan bagi bakal guru Pendidikan Islam akan dibuat di university-universiti yang mempunyai fakulti pendidikan.

Walaubagaimanapun, wakil dari PPI tersebut masih lagi tidak berpuas hati, beliau mempersoal lagi yang dengan mengatakan sumber yang diperoleh hasil dari PPI yang mengatakan bahawa sekarang ini berlaku kekurangan guru dalam bidang Pendidikan Islam tetapi kenapa ambilannya begitu kurang pada tahun ini? YDP MPP berhujah semula adakah kenyataan anda tersebut fakta? Wakil tersebut mengatakan fakta, di ambil dari Bahagian Pusat Islam. Namun agak menghairankan para hadirin yang hadir, apabila diminta oleh YDP MPP untuk memberitahu nama orang yang dihubungi berkaitan dengan fakta tersebut, tidak pula diberitahu dengan alasan akan diberitahu secara peribadi selepas mesyuarat dengan YDP MPP.

Walaubagaimanapun, selepas tamat sahaja mesyuarat tersebut pada jam 10.45 malam, hadirin yang hadir bersalaman antara satu sama lain, namun apabila sampai wakil tersebut untuk bersalaman dengan YDP MPP dengan harapan YDP MPP, wakil tersebut memberi nama yang dijanjikan untuk diberikan, namun ianya ternyata meleset. Hal ini kerana wakil tersebut secara “tiba-tiba” batuk dan memberi alasan tidak mampu menyatakan nama yang dihubungi kerana tekaknya sakit dan akan diberikan nama tersebut pada esok hari. Dari sumber yang berada pada ketika itu mengatakan, sepanjang mesyuarat tersebut wakil tersebut berada pada keadaan yang baik, namun apabila tiba untuk menyatakan nama yang dihubungi secara tiba-tiba batuk dan apabila keluar sahaja dari bilik mesyuarat rakan penulis memerhatikan batuknya tiada lagi, dan sempat lagi tersenyum dengan rakan beliau."

Saudara Mohd Hairie ketika dihubungi berkata beliau tidak ada apa-apa untuk disembunyikan kerana beliau yakin berada di pihak yang benar dan tahu kebenaran akan muncul jua walaupun lambat.

2 comments:

Anonymous said...

wahai manusia sedarlah fitnah itu lebih berat daripada membunuh...jgn gunakan label Islam yag kita miliki untuk sebar bahan2 yang tidak berasas wahai upsikini.ramai wali Allah akhirnya mati dalam Istidrasy inikan ustaz biasa!!!! fikir2 lh upsikini..iman, islam dan ihsan milik Allah bukan milik UPSIKINI..

Anonymous said...

hahahah... btu tu... aku sokong 300%.. fitnah itu dosanye lebih besar dari membunuh...