Monday, October 5, 2009

Isu penempatan : YDP MPP jumpa Prof Zakaria

Tg Malim, 05 Oktober 2009 - Isu penempatan (posting) bagi mahasiswa di UPSI yang dikatakan mengalami masalah penempatan sehingga tahun 2013 oleh sebuah laman blog ternyata telah menimbulkan suasana resah dalam kalangan mahasiswa UPSI.
Dakwaan tersebut yang disiarkan semalam telah mengundang pelbagai reaksi dari mahasiswa UPSI yang ternyata bimbang dengan perkara berkenaan kerana ia melibatkan masa depan mereka.
Keresahan mahasiswa berkaitan masalah penempatan telah menyebabkan YDP MPP UPSI, Saudara Mohd Hairie Bin Abdullah mengambil inisiatif bertemu sendiri dengan Yang Berbahagia Prof. Dr. Zakaria Bin Kasa (Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa) UPSI pada lewat petang tadi dalam mendapatkan keesahaan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau dalam ucapannya sempena Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa pada hujung minggu yang lepas.
Menurut Saudara Mohd Hairie B. Abdullah, Prof. Dr. Zakaria Kasa telah menjelaskan bahawa beliau hanya berkata “kemungkinan masalah posting akan dilewatkan” tetapi pihak yang melaporkan berita tersebut telah memanipulasikan perkataan dilewatkan kepada “dibekukan”.
Prof. Dr. Zakaria Kasa juga berkata bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melewatkan penempatan kepada pelajar pendidikan seluruh Negara sekiranya ekonomi Negara berada pada tahap yang rendah. Dalam pada masa yang sama beliau menegaskan kembali bahawa kenyataan beliau telah disalah tafsirkan oleh sesetengah pihak yang mempunyai niat yang tersembunyi apabila melaporkan tentang perkara ini.

Dalam pada itu juga, TNCA menasihati agar mahasiswa UPSI perlu bersedia daripada sekarang dengan kemahiran-kemahiran insaniah yang lain dalam melengkapkan diri untuk menerobos ke alam yang lebih mencabar kerana sudah hampir masanya mahasiswa UPSI tidak bergantung kepada sekolah tetapi dapat menggunakan ilmu yang dimiliki semaksimum mungkin.
YDP MPP UPSI Saudara Mohd Hairie Bin Abdullahyang mengulas isu tersebutberkata, beliau menyeru agar mahasiswa perlu bersedia dalam sebarang kemungkinan yang berlaku dan beliau juga akan berusaha untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhubung perkara ini kerana kami yakin dengan hubungan dan kerjasama yang erat antara MPP Pimpinan Bitara dan (KPM) sejak dahulu lagi.
Pihak Suaraupsi dimaklumkan bahawa hingga kini hanya YDP MPP sahaja yang boleh berurusan dengan pihak kementerian dan sebarang masalah boleh dirujuk terus ke pejabat Majlis Perwakilan Pelajar.
"Kami berharap agar pelajar tidak mempercayai sebarang berita yang tidak diketahui kebenarannya kerana perkara sedemikian mungkin sengaja diputarbelitkan untuk kepentingan pihak tertentu. Mahasiswa diminta untuk mendapatkan penjelasan dari pihak yang sepatutnya dan kami di MPP akan berusaha sedaya upaya untuk membela kebajikan dan kepentingan mahasiswa UPSI selaras dengan amanah dan tanggungjawab yang kami galas", ujar Saudara Mohd Hairie B. Abdullah sebelum mengakhiri e-melnya.

11 comments:

Anonymous said...

melihat isu ini, saya terpanggil untuk memberi komen. Saya puji MPP UPSI yang menerangkan perkara sebenar. saya harap MPP UPSI dapat kenyataan sebenar daripada KPM untuk kepastian

Anonymous said...

betul ka ni????susah hati oo....

Anonymous said...

biasa la upsikini nak meramaikan pembaca la tu..xde isu sgt ke upsikini???

Anonymous said...

ape kuasa upsikini nak tentukan beku atau tidak posting tu

Anonymous said...

lambat la suara upsi amik maklumat.upsikini dh keluar kenyataan,baru suara upsi keluarkan kenyataan.
Aqilah dh jumpa TNC A&A lagi awal drp si hairie 2.lambat.
Aqilah dh hubungi KPM lebih awal.

Kpd student upsi,bersedia untuk hadapi isu ni..kita perlu lebih terbuka dalam membentuk kehidupan masing-masing.

Anonymous said...

Untuk rekod kemasukan tetamu dalam bilik TNC A&A yang dilihat pada kaunter Canselori, YDP menyatakan tiada pelajar yang berjumpa dengan TNC A&A dalam buku rekod tersebut. Pada pagi Isnin tersebut Prof Zakaria bermesyuarat sehingga jam 1 ptg dan bermesyuarat semula bersama YDP pada jam 2.30 ptg


MPP UPSI

Anonymous said...

sampai skang upsikini x kuar kn temubual dgn prof Z,sbb dia x jumpa prof z lg...upsikini cedok berita dr suaraupsi..then wt berita seolh2 dia punya..memalukan..

Anonymous said...

haha..kantoi..penipu..hahaha

Anonymous said...

maafla ye...sila cek semula buku rekod tu..TNCA meeting pukul 9..

Anonymous said...

sila cek semula buku rekod 2 tu, TNCA meeting pukul 9 pg. mpp pro-kebajikan jmpe TNCA sblm TNCA meeting lg...

Anonymous said...

sudah le puak kebajikan..ad je jawapan yg nak bagi..hahaha...masa ydpmpp jumpa prof Z,dh terang2 prof kata x jumpa mana2 student hr tu...alih2 ada yg mengaku jumpa prof..hahaha..mybe sbb dh biasa ngaku hasil kerja org sbgai dia punya..wakaka.ntah2 slma bljr kt upsi,semua asmnt plagiat je..copy n paste..hahaha