Wednesday, October 7, 2009

Graduat Konvokesyen UPSI 11 Sidang 2 mula dapat penempatan

Tg Malim , 07 Oktober 2009 - Berita terbaru yang diterima oleh SuaraUPSI pada lewat tengahari tadi mengesahkan para graduan UPSI Konvokesyen 11 Sidang ke 2 yang berlangsung pada bulan Ogos tahun ini telah mendapat surat pemberitahuan penempatan dari Kementerian Pelajaran Malaysia bermula hari ini.

Perkara ini disahkan sendiri oleh beberapa orang graduat yang telah menerima surat berkenaan. Mantan Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPP UPSI 2007/2008 , Saudara Nik Suhairie B. Ab Kahar telah menerima pengesahan akan ditempatkan di Sarawak manakala mantan Exco Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU) , Saudari Nabila Husna bt Ghazali juga ditempatkan di negeri yang sama.

Bagi penerima surat berkenaan yang ditempatkan di Malaysia Timur,mereka diminta untuk melaporkan diri pada 26 Oktober 2009 di Hotel Empress di Jalan ST 1C/7, Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mereka akan mula melaporkan diri di Sabah ataupun Sarawak pada keesokan harinya, 27 Oktober 2009 dan akan menjalani orientasi selama tiga hari sehinggalah 29 Oktober 2009 .Pada 30 Oktober, mereka akan diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah yang telah ditentukan terlebih dahulu.

YDP MPP UPSI, Saudara Mohd Hairie B. Abdullah ketika diminta mengulas perkara ini menyatakan penempatan pada tahun ini adalah lebih awal jika dibandingkan dengan graduat pada tahun lepas ini dan perkara ini membuktikan negara memang sentiasa ketandusan guru-guru.
"Kami,Pimpinan Bitara MPP UPSI menolak sebarang dakwaan bahawa penempatan akan dilewatkan ataupun dibekukan kerana penempatan awal pada tahun ini membuktikan perkara ini tidak akan berlaku jika dirujuk pada situasi semasa", ujar beliau lagi.

Beliau juga mengucapkan jutaan tahniah kepada para graduat yang telah dan bakal menerima penempatan masing-masing dan berharap mereka akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan untuk mendidik pelajar-pelajar demi kepentingan agama,bangsa dan negara.
Untuk rekod, para graduat yang menerima penempatan pada tahun lepas mula menerima pengesahan masing-masing pada awal bulan November 2008.

9 comments:

Anonymous said...

tahniah kepada mereka yang dapat posting, maknanya xde la isu posting.. lega saya

ezzaFarEezaShahRizaL said...

alhamdulillah,,ni la hasil usaha MPP kita,,tahniah bt barisan MPP UPSi~
*pimpinan bitara:sayangi UPSI kita*

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.