Tanjong Malim, 3 Oktober 2009 - Dakwaan sebuah blog mengatakan bahawa MPPUPSI gagal memberikan cenderamata kepada pelajar sejak 2 sidang yang lepas ternyata adalah satu pembohongan dan telah dimanupulasikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan mempunyai agenda tersembunyi.
Menurut Yang DiPertua MPP Sesi 2008/2009, Saudara Mohd Hairie Abdullah, MPP UPSi tidak pernah gagal memberikan cenderamata kepada pelajar baru. Ianya telah menjadi satu tradisi MPP UPSI. Data ini adalah buktinya:
Menurut Yang DiPertua MPP Sesi 2008/2009, Saudara Mohd Hairie Abdullah, MPP UPSi tidak pernah gagal memberikan cenderamata kepada pelajar baru. Ianya telah menjadi satu tradisi MPP UPSI. Data ini adalah buktinya:
Sesi | Yang dipertua | Cenderamata | Catatan |
MPPUPSI 05/06 | Ahmad faizul bin Mohd Nor | Mug dan T-Shirt | |
MPPUPSI06/07 | Mohd Izwan bin Shahril | Pendrive 128MB | Pelajar sem 1(kini sem 7) |
MPPUPSI07/08 | Mohd Raimi bin Rahim | Pendrive 128MB | Pelajar sem 3 (kini sem 6) |
MPPUPSI08/09 | Mohd Hairie bin Abdullah | Pendrive 2GB | Pelajar sem 1 hingga 5 |
“Kami tidak pasti daripada mana sumber mereka peroleh, kami berharap mereka dapat lebih beretika dalam penulisan dan tidak mengeluarkan fakta yang boleh mengelirukan pelajar”
Tambah beliau lagi, pada bulan April MPP 07/08 ada perancangan untuk membuat cenderamata berbentuk sweater pada bulan 4.Tetapi segala perancangan itu terpaksa dibatalkan pada bulan 7 apabila Pekeliling Perbendaharaan dikeluarkan bahawa mana-mana universiti tidak dibenarkan membuat sebarang pakaian untuk apa-apa majlis dan upacara. Maka, perancangan dan gerak kerja cenderamata MPP terpaksa ditangguhkan dan diteruskan oleh MPP 08/09.
“Kami tidak melihat ini sebagai satu isu besar, usaha dipihak MPP 08/09 itu memang telah dilakukan. Mereka perlu akur dengan arahan pekeliling yang dikeluarkan. Tambahan pula, mereka telah mengagihkan cenderamata kepada pelajar semester 3(kini semester 6),hanya pelajar semester 1 dan 2 (kini semester 4 dan 5) sahaja yang menghadapi masalah ini dan ianya telah diselasaikan oleh kami”.
“kalau mereka ingin bermain isu picisan seperti ini,biarlah Si Luncai Terjun dengan labu-labunyanya.
4 comments:
saya pelajar sem 5 FPE, tq kepada MPP diatas pemberian pendrive tu.
perkara ini memang benar..saya pelajar semester 7 memang dapat cendrahati tp 128 je mase tu huhuhuh
ni bukan sbb ydp.die xwat ape2 pun.2 strategi asparegus nk promote calon..hairie xde ape pun.organisasi mpp pun xleh nk kawal.emosi je lebih
kepada ANony yg ke-3..ni le masalah korang..kalo x wat cenderamata,kata mpp x wt keje..kalo buat korang kata strategi le apa le..cuba le berprasangka baek sikit..Islam x ajar umat ny berprasangka buruk kn?kan?kan?
Post a Comment