Friday, October 2, 2009

CENDERAMATA MPP : DESAKAN MPP KEBAJIKAN SATU PEMBOHONGAN


Tanjong Malim, 3 Oktober 2009 - Isu tentang pemberian cenderamata iaitu "pendrive" yang semakin hangat diperkatakan mengundang seribu persoalan di kalangan mahasiswa UPSI dan sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini , pihak MPP UPSI tambil membuat penjelasan.

Menurut sumber dalaman MPP, idea membuat cenderamata MPP dicetuskan oleh Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Saudara Syaiffuldin Mohamad semasa mesyuarat bulanan MPP yang kedua dan ianya telah dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat yang hadir pada masa itu.

Atas kepercayaan MPP,mandat untuk menguruskan cenderamata ini telah diserahkan kepada Exco Ekonomi dan Keusahawan iaitu Saudari Nurul Illyana Mohamad dan Mohd Fitri Bin Amil. Berikut merupakan kronologi penempahan cenderamata MPP.

Kronologi Cenderamata MPP

10/01/2009 : Perbincangan Majlis Tertinggi MPP berkaitan cenderamata MPP.


29/1/2009 : Mendapat pandangan dan khidmat nasihat daripada Bahagian Bendahari
UPSI berkaitan prosedur-prosedur untuk membuat cenderamata.


20/2/2009 : Kertas Kerja dihantar ke HEPA untuk mendapatkan kelulusan.


20/2/2009 : Perbincangan Kertas kerja dengan pihak HEPA bagi meluluskan
kertas kerja.

20/2/2009 : Kertas kerja diluluskan.


10/4/2009 : Pembentukan Jawatankuasa Teknikal Cenderamata MPP.


29/4/2009 : Sebut Harga Cenderamata MPP dibuka oleh pihak bendahari UPSI.

13/5/2009 : Sebut Harga ditutup dan sebanyak 20 sebut harga diterima daripada
pelbagai pembekal.


13/5/2009 : Analisis teknikal dijalankan untuk pemilihan pembekal berdasarkan
laporan jawatankuasa teknikal.


24/7/2009 : Pembekal cenderamata telah dipilih dan dilantik secara rasmi.


3/9/2009 : Cenderamata diserahkan oleh pembekal kepada JHEPA.


29/9/2009 : Cenderamata diserahkan kepada MPP untuk urusan pengagihan.


2/10/2009 : Cenderamata akan mula diedarkan kepada pelajar UPSI.


“Hampir 9 bulan Exco Ekonomi dan Usahawan bertungkus-lumus bagi memastikan cadangan membuat cenderamata dapat direalisasikan”.

“Ianya bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana perlu mematuhi pelbagai prosedur . Apatah lagi apabila ia melibatkan nilai kewangan yang mencecah ratusan ribu ringgit. Pastinya penelitian dan justifikasi yang yang tepat perlu dipertimbangkan oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar, HEPA, Jawatan kuasa Teknikal dan pihak Bendahari UPSI sebelum meluluskannya’’, katanya lagi.

Ketika diminta mengulas tentang dakwaan MPP kebajikan dalam satu laman blog, mereka menyatakan bahawa kehadiran mereka dalam MPP telah memberi kesan perubahan kepada Majlis Tertinggi MPP untuk membuat cenderamata kepada pelajar baru.

‘’Terpulanglah pada mereka,mungkin ini cara mereka. Bukan cara kita mencari nama atas hasil kerja orang lain. Pada kami, apa yang penting niat kami ikhlas”, jelas beliau lagi.

"Tanpa kehadiran mereka dalam barisan Kabinet MPP 08/09 pun ,kami selaku pihak yang memegang amanah dan tanggungjawab kepada mahasiswa UPSI akan tetap melaksanakan pemberian cenderamata ini seperti yang telah dibuktikan oleh barisan Kabinet Pro-Kualiti sebelum ini" , terangnya sebelum mengakhiri e-melnya.

3 comments:

Anonymous said...

upsikini kan malaikat, semua diorg tau

Anonymous said...

ni sbb mpp kebajikan ada.kalu x,xtau dpt ke x..

Anonymous said...

kepada anonymous yg kedua : bagus sgt ke mpp kebajikan tu?sedangkan manifesto pun byk tak dilaksanakan,nak kata pemberian cenderamata tu sbb ada mpp kebajikan..sudah lah!ckp tak serupa bikin.masuk ofis pun tak, pastu nak dpt nm atas usaha org len..mcm ni ke cara nye org yg amalkan nilai2 Islam??dlm Islam,klw berjanji kn tunaikan.klw tak hukumnya berdosa.ermmm...takkan tu pun tak tau kot????