Saturday, August 22, 2009

Selamat menyambut Ramadhan 1430 Hijrah

PERUTUSAN KHAS MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UPSI SEMPENA RAMADHAN 1430 HIJARAH


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Ramadhan; bulan yang mulia hadir lagi. Alhamdulillah, kita semua masih diberikan peluang oleh Allah S.W.T untuk mengecapi sinar Ramadhan kali ini. Setiap insan yang bertaqwa dan beramal dengan agama Allah S.W.T pastinya mendambakan kehadiran Ramadhan. Begitu banyak ganjaran yang dijanjikan oleh Allah S.W.T terhadap hamba-Nya pada bulan ini. Allah berfirman dalam Al-Quran, “Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan padanya Al-Quran untuk menjadi petunjuk kepada manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda antara yang benar dan yang batil” (Surah al-Baqarah, ayat 185).

Firman-Nya lagi, “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam al-Qadr. Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadr itu. Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al-Qadr, ayat 1-3). Turunnya Al-Quran pada bulan Ramadhan dan dianugerahkan Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan menjadi bukti kemuliaan dan kebesaran yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T di dalam bulan ini. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, “Tidaklah seseorang mengerjakan puasa kerana Allah, melainkan Allah menjauhkan dirinya dari neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun kerana puasanya yang sehari itu.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim).

Begitu besar sekali pahala yang diberikan kepada umat Islam yang berpuasa. Namun begitu, puasa bukanlah sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga semata-mata. Puasa juga mengajar kita untuk menahan diri dari gejolak hawa nafsu. Segala rintangan dan dugaan yang Allah S.W.T datangkan pada bulan ini, tidak lain dan tidak bukan adalah hanya untuk menduga kekuatan iman dan sejauh mana tahap kesabaran kita di atas segala ujian yang diberikan. Bersama-samalah kita merenung kembali segala kesilapan yang telah dilakukan sepanjang tahun yang lalu. Jadikanlah segala khilaf yang lalu sebagai suatu ikhtibar. Gunakanlah peluang yang hadir dalam kemuliaan Ramadhan ini untuk merebut kembali ganjaran dan kenikmatan yang telah dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang bertaqwa.

Selaku Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009, saya mewakili seluruh warga Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2008/2009 mengucapkan selamat menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak kepada semua warga Universiti Pendidikan Sultan Idris. Semoga perjalanan kita di universiti ini akan terus diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T. Hargailah peluang yang hadir ini dan semarakkanlah ketibaan Ramadhan ini dengan amalan-amalan yang berfaedah. Jagalah kebersihan dan kesihatan diri agar terhindar dari penyakit berbahaya. Akhir kata, semoga setiap amalan kita di dunia ini diberkati, diredhai dan diterima oleh Allah S.W.T. Sekian, wassalam.


YANG DIPERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UPSI
Saudara Mohd Hairie B. Abdullah


NAIB YANG DIPERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
Saudara Syaiffuldin B. Mohamad


TIMBALAN YANG DIPERTUA
Saudari NorA'in Bt A.Razak


SETIAUSAHA AGUNG
Saudara Mohd Razik B. Khalid


PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG
Saudari Muzaitul Akmar Bt Mohammad


BENDAHARI
Saudara Muhammad Asree B. Abd Aziz


PENOLONG BENDAHARI
Saudara M. Nazarul Hazwan B. Abd Razak


EXCO PERHUBUNGAN AWAM DAN PENGANTARABANGSAAN
Saudara Leow Soon Joo
Saudara Punethn A/L Superminium


EXCO EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN
Saudari Nurul Illyana Bt Mohamad
Saudara Mohd Fitri B. Amil


EXCO SUKAN DAN REKREASI
Saudara Mohd Nor Faiz B. Mat Ali
Saudari Siti Nor Hazliza Bt Rosli
EXCO PENERBITAN DAN INFORMASI
Saudara Mohd Firdaus B. Mohd Fauzi
Saudari Siti Khairiah Bt Jajuli

1 comment:

Anonymous said...

apasal semuanya Aspirasi.....politik betul la...mana akaml dan lain2..