Wednesday, August 26, 2009

Kelab Basikal di tubuhkan di UPSI

Tg Malim , 26 Ogos - Dalam usaha untuk memastikan UPSI sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat pelajar , Kelab Basikal telah ditubuhkan secara rasmi di UPSI.
Keahlian kelab ini dibuka kepada semua mahasiswa UPSI dan pihak kelab tidak menolak kemungkinan untuk membuka keahlian kepada kakitangan UPSI jika sambutan yang diterima adalah menggalakkan.
Presiden kelab ini adalah Saudara Faisal manakala Saudara Talhin pula memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden.
Jawatan Bendahari dipegang oleh Saudari Siti Natrah manakala Saudari Asmaliza pula bertanggungjawab terhadap urusan Naib Bendahari.
Kesemua mereka yang disebutkan di atas tadi adalah pelajar Pendidikan Pengajian Malaysia semester 4.
Pihak kelab mempelawa mahasiswa yang berminat untuk medaftarkan diri secepat mungkin supaya aktiviti-aktiviti yang berfaedah dapat dijalankan dengan kadar yang segera.

No comments: