Friday, August 14, 2009

Forum Perdana kurang mendapat sambutan mahasiswa

Tg Malim, 13 Ogos – Forum Perdana Ehwal Islam yang membincangkan tajuk “Keberkatan Ramadhan“ tidak mendapat sambutan yang hangat dari mahasiswa UPSI.

Berbeza dari malam sebelumnya dimana penganjuran persembahan Faizal Tahir yang mencatatkan lebih empat ribu pengunjung, jumlah pengunjung pada majlis malam ini dianggarkan sekitar hanya tiga ratus orang sahaja yang duduk di depan Pentas Utama termasuklah golongan –golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai Pro-Kebajikan.

Bagaimanapun, jumlah ahli-ahli Pro-Kebajikan yang hadir adalah pada malam ini jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan malam yang dicemari dengan protes senyap pada hari penganjuran persembahan Jaclyn Victor.

Seorang wakil perempuan dari Pro-Kebajikan yang bertanyakan soalan pada sesi soal jawab ditempelak oleh panel yang hadir pada malam ini kerana bertanyakan soalan yang tidak ikhlas dan berniat untuk memburukkan pihak-pihak lain.

Pihak penganjur bagaimanapun tidak putus asa dengan kehadiran pengunjung yang jauh berkurangan jika dibandingkan pada malam semalam dan berharap jumlah pengunjung akan meningkat semula pada malam-malam yang akan datang.

Untuk maklumat, kumpulan nasyid Saffone akan membuat persembahan di Pentas Utama pada malam esok dan pihak penganjur menjemput mahasiswa agar datang untuk memeriahkan acara pada malam esok.

4 comments:

Anonymous said...

xpe xdpt sambutan.asalkan majlis 2 diberkati.daripada program maksiat.dapat sambutan tp dapat gak laknat Allah

Anonymous said...

Nampaknya Mahasiswa UPSI lagi cetek pemikirannya berbanding orang-orang kampung yang duduk dipendalaman. Hanya pandai berkata-kata tapi tidak langsung menghayati.
"Sekadar pandangan"

Anonymous said...

em..reality manusia, sukakan kemungkaran, tetapi amat berat untuk suatu membantu, menyokong suatu kebaikan..

Islam datang secara ghorib(dagang-asing) dan kembali dengan ghorib jg...

cuba kita kenalpasti dan muhasabah balik knapa kita amat senang melakukan kemungkaran dan amat susah melakukan kebaikan..adakah dosa-dosa kita bergunung tinggi, hati sudah berkarat...hidayah Allah susah nak masuk..Astagfirullah...

~moga hari ini lebih baik daripada semalam~

Anonymous said...

inilah hakikat umat akhir zaman..sabda nabi...