Wednesday, August 12, 2009

Bantahan dijangkakan akan berlaku pada malam ini

Tg Malim , 12 Ogos - Isu bantahan terhadap konsert Jaclyn Victor yang berlaku pada malam Isnin dijangka akan berterusan pada malam ini yang akan menampilkan artis jemputan iaitu Faizal Tahir.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, pihak yang menentang penganjuran persembahan ini telah mengadakan mesyuarat secara rahsia di sebuah kedai makan. Kedai yang dimaksudkan adalah Dusun Bay Resort yang terletak berdekatan dengan jambatan Ulu Bernam.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh orang-orang luar yang disyaki ahli-ahli parti politik yang menjadi sumber rujukan dalam segala tindak-tanduk mereka di UPSI.

Mesyuarat yang dihadiri oleh 7 orang yang terdiri dari 4 lelaki dan 3 perempuan disyaki membincangkan langkah - langkah yang akan diambil untuk memastikan penganjuran persembahan Faizal Tahir pada malam ini gagal kerana pihak berkenaan telah bertekad untuk memastikan acara tersebut digagalkan dengan menggunakan apa cara sekalipun termasuklah menggunakan kekerasan.

Pihak penganjur ketika dihubungi menegaskan penganjuran persembahan Faizal Tahir pada malam ini tetap akan diteruskan kerana segala persiapan telah dibuat dan pembatalan hanya akan dilakukan jika ada arahan dari pihak tertinggi UPSI.
"Kami telah menjangkakan pihak penentang akan melakukan apa sahaja usaha untuk memastikan acara in dibatalkan dan kami menasihati mereka agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar perbuatan yang melanggar undang-undang kerana diri sendiri yang akan menganggung susah akibat perbuatan diri sendiri," ujar beliau lagi.

Beliau juga berkata pihak penganjur telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku dan segala pelan kontigensi telah disiapkan bagi menghadapi ancaman ini.
Untuk rekod, pihak yang membantah penganjuran persembahan ini terdiri daripada golongan pelajar yang menggelarkan diri mereka Pro-Kebajikan dan mempunyai lapan orang wakil dalam Majlis Perwakilan Pelajar UPSI.

1 comment:

Anonymous said...

Tidaklah setiap orang yang datang di dunia ini dengan membawa kebaikan, melainkan dia pasti memiliki musuh-musuh dari kalangan jin dan manusia, sampai-sampai para anbiya’ (para Nabi) juga tidak lepas dari permusuhan ini[1]. Begitu juga permusuhan mereka terhadap para ulama pengibar panji dakwah al-Haq ini mereka lakukan dengan sengit dan dengan kedengkian yang luar biasa.


Salahkah untuk amar makruf nahi munkar?