Sunday, July 26, 2009

Suara Siswa : Pro Kebajikan malu besar

Tg Malim,21 Julai-Program bual bicara “Suara Siswa” yang telah selesai di adakan pada malam semalam di Dewan SITC telah menyebabkan pihak yang mendakwa Pro-Kebajikan malu besar kerana tidak di berikan kepercayaan langsung sebagai ahli panel bagi kedua-dua program yang di siarkan secara langsung pada jam 9.30 malam dan sesi rakaman pada jam 10.30 malam.

Hal ini berlaku kerana kesemua 8 orang MPP yang mendakwa diri mereka sebagai Pro-Kebajikan hanya menjawat jawatan exco biasa dan tidak layak untuk mewakili MPP dan UPSI sebagai wakil untuk program-program yang besar seperti ‘Suara Siswa“. Pro-Kualiti yang mencatat kemenangan 13 kerusi dalam PRK yang lepas telah di berikan kepercayaan untuk memegang semua jawatan Majlis Tertinggi(MT) telah mewakilkan Timbalan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar(TYDP), Saudari Nor A’in Bt Abd Razak sebagai wakil UPSI dalam sesi rakaman manakala wakil UPSI untuk sesi siaran langsung adalah Naib Canselor UPSI sendiri, Dato‘ Aminah Bt Ayob.

Menurut sumber dalaman , pemilihan Saudari Nor A’in di lakukan kerana selain salah seorang ahli MT,beliau juga di lihat sebagai seseorang yang layak untuk mengupas isu yang bakal di bincangkan kerana kepetahan dan kredibiliti yang di milikinya. Selain itu juga, beliau juga mendapat kepercayaan Saudara Mohd Hairie b. Abdullah,YDP MPP UPSI,untuk muncul dalam program itu setelah Saudara Mohd Hairie sendiri telah muncul dalam program yang sama semasa Konvesyen Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaaan(MPPK) yang di adakan di UTHM,Batu Pahat dua bulan yang lepas.

Sumber yang sama turut melaporkan bahawa akibat dari kegagalan muncul di dalam program itu ,pihak yang mendakwa diri mereka sebagai Pro-Kebajikan mula melakukan serangan peribadi ( character assasination) terhadap Saudara Mohd Hairie dan Saudari Nor A’in melalui sebuah laman blog yang di lihat sebagai lidah rasmi mereka untuk memuaskan hati dan memutar belitkan dan menyembunyikan fakta yang sebenar. Ini di lihat sebagai cubaan untuk mengalihkan tumpuan mahasiswa UPSI kerana kegagalan mereka muncul di program itu meskipun dua tetamu yang di undang pada sesi siaran langsung itu juga adalah pihak-pihak yang mendakwa diri mereka juga Pro-Kebajikan iaitu YDP MPP UIA dan YDP MPP UM.

Dengan bahang Pilihanraya Kampus (PRK) yang akan di adakan pada semester ini, tindakan yang di lakukan oleh Pro-Kebajikan ini memang telah di jangkakan dan akan berterusan.

1 comment:

Anonymous said...

aku xpernah percaye kat ain razak..nyanyipon xhape..ey, aku yg laki ni pon, kan pilih dier jd tukang sapu pon..mmgla si hairie percye..sbb dier sendiri xyakoin dgn diri dier,sombong!!menyampah aku..