Sunday, July 26, 2009

Mahasiswa tolak pemimpin tiada pendirian

Tanjong Malim, 26 Julai - Desas desus mengenai seorang Exco MPP yang di laporkan akan menyertai Pro-Kebajikan terbukti benar apabila wajah beliau di terpampang pada "flyers" yang di edarkan oleh Pro-Kebajikan seminggu yang lepas.

Orang yang dimaksudkan adalah Armadi B. Derus (gambar bawah) , Exco Perpaduan dan Integrasi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2008/2009. Beliau yang berasal dari Sabah dan menganggotai Kor Sukarelawan Polis (SUKSIS) adalah pelajar semester 5 Program Pendidikan Bahasa Melayu.

Serentak dengan penyebaran "flyers" itu, pihak Upckini menerima dua kiriman e-mail dari seorang mahasiswa UPSI yang tidak mahu dikenali. Dalam kiriman e-mail yang pertama, beliau berkata bahawa mahasiswa UPSI tidak akan menyokong mana-mana pemimpin pelajar yang dilihat tiada pendirian tetap dan tidak mempunyai pegangan langsung.

Menurut beliau lagi, "Kami tidak kisah tentang fahaman pemimpin pelajar UPSI, sama ada dia Pro-Kualiti atau Pro-Kebajikan tetapi kami memang tidak akan menerima orang yang "melompat parti" hanya kerana kepentingan diri sendiri".

"Rasa hormat kami pada keseluruhan pemimpin pelajar hilang hanya kerana adanya orang seperti beliau dan beliau memang layak digelar Putera Katak UPSI".

Pengirim e-mail kedua yang hanya mahu dikenali sebagai "Pelajar Sedar" pula memberikan beberapa maklumat yang agak mengejutkan. Menurut beliau, Pro-Kebajikan haruslah menyelidik latar belakang Armadi sebelum menerimanya menjadi ahli Pro-Kebajikan kerana beliau dikatakan mempunyai hubungan songsang dengan seorang pelajar UPSI yang mengambil major Sejarah dan minor Sains Sukan.

"Saya pernah terserempak dengan Armadi di Kuala Lumpur, apa yang mengejutkan saya adalah beliau memakai anting-anting ,rantai leher dan berseluar pendek.Gaya beliau memang tidak menggambarkan langsung beliau adalah seorang pemimpin pelajar dan anggota SUKSIS", jelasnya lagi.

Sebelum beliau mengakhiri kiriman e-mailnya, beliau merumuskan bahawa jika Pro-Kebajikan menerima Armadi sebagai salah seorang daripada mereka, maka Pro-Kebajikan akan dilihat sebagai hipokrit hanya kerana mahu mendapatkan sokongan pelajar dan bilangan kerusi tanpa menyedari orang-orang seperti Armadi jauh terpesong dari nilai-nilai Islam yang diperjuangkan oleh Pro-Kebajikan.

No comments: