Friday, March 11, 2011

MPP UPSI Sesi 2011/2012 Angkat Sumpah

Tg Malim , 11 Mac 2011 - Calon-calon pilihan mahasiswa dan mahasiswa UPSI yang dipilih melalui Pilihanraya Kampus (PRK) pada 21 Februari yang lepas seramai 29 orang telah mengangkat sumpah pada malam tadi di Bilik Seminar , Bitarasiswa.

Bagaimanapun hanya 28 orang yang hadir pada malam ini. Saudara Mohd Faizal Bin Amir tidak dapat menghadiri upacara ini kerana mempunyai urusan di Johor.

Dengan berlangsung proses ini , maka secara rasminya kabinet MPP  UPSI sesi 2011/2012 ditubuhkan dan dibentuk mengikut portfolio  masing-masing seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat pembentukan kabinet sebelum ini

Acara yang bermula jam 08.30 malam tadi dihadiri oleh Naib Canselor , Prof Dato' Dr Aminah Ayob , Timbalan Naib Canselor Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ( TNC JHEPA) , Prof Shaharuddin Abd Aziz, Pendaftar UPSI , Dato' Rusley Taib. Antara pegawai kanan universiti yang turut hadir adalah Bendahari UPSI dan Ketua Pustakawan UPSI. Turut hadir adalah pegawai-pegawai Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UPSI dan kakitangan JHEPA.

Majlis yang tamat sejam kemudian dimulakan dengan sesi angkat sumpah oleh ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sesi 2011/2012 dan kemudian sesi penyerahan mandat oleh mantan ahli-ahli MPP UPSI sesi 2009/2010 yang diwaklili oleh mantan Timbalan YangDiPertua MPP UPSI , Puan Shaiha Binti Sulaiman.

Upacara diteruskan dengan ucapan dasar oleh Yang DiPertua MPP UPSI yang baru , Saudara Afiq Fikri Binti Mislan. Selepas itu , acara diteruskan dengan ucapan dari Dato' Naib Canselor.

Majlis diakhiri  dengan jamuan yang diadakan di Kafeteria Bitarasiswa.

No comments: