Monday, February 14, 2011

Pimpinan Bitara : Haram Sambut Hari Valentine


Tg Malim , 14 Febuari 2011 - "Haram meraikan Hari Valentine dalam apa jua cara sekalipun" .Begitulah tajuk kenyataan ringkas Pimpinan Bitara  yang diperolehi pihak SuaraUPSI.

Menurut kenyataan ringkas itu , pelbagai mitos boleh dikaitkan dengan sejarah Hari Valentine itu sendiri . Salah satu mitos yang paling terkenal adalah "VALENTINE" adalah nama seorang paderi dan nama sebenarnya Pedro St.Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol dimana paderi ini mengisytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana padanya Islam adalah zalim dan tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.
   
Walau apapun mitos berkaitan dengan sambutan Hari Kekasih ini , Pimpinan Bitara menegaskan sambutannya adalah bertentangan dengan Islam kerana roh perayaan itu ada unsur-unsur Kristian.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam ke-71 memutuskan bahasa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari-hari tertentu dalam Islam untuk meraikannya. Setiap hari adalah hari kasih sayang dalam Islam.

Pimpinan Bitara menasihatkan mahasiswa dan mahasiswi agar tidak terpengaruh dengan keghairahan menyambut Hari Kekasih ini kerana sudah jelas amalannya bercampur dengan unsur-unsur maksiat yang bakal menjerumuskan mereka ke lembah dosa penuh kehinaan.

1 comment:

Anonymous said...

katakan tidak pada VALENTINE.....inilah yg menjadi pemusnah remaja yang menjadikan hal ini ikutan dan kita bersama2 PIMPINAN BITARA dan merupakan guru suatu hari nanti perlu bersedia untuk menghapuskan doktrin ini daripada disebar terus pada masa akan datang