Monday, January 24, 2011

Siswa Kemboja Terima Sijil Tamat Belajar

Tg Malim 24 Januari - Program Khidmat Masyarakat Antarabangsa di Kemboja yang telah berlangsung sebanyak tiga siri kini menampakkan hasilnya apabila siswa yang dibawa dari kemboja untuk mengikuti kursus pengajian Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris serta Pendidikan Islam. Mereka yang terdiri daripada Ali, Ashari, Yusof dan Ali telah pun menamatkan pengajian mereka di Universiti Pendidikan Sultan Idris hari ini dan menerima sijil pengiktirafan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pengajian selama 3 bulan di UPSI memberikan sedikit sebanyak ilmu untuk dibawa pulang ke tanah air mereka supaya dapat disebarkan kepada masyarakat Islam di Kemboja. Wartawan SuaraUPSI difahamkan bahawa 4 orang siswa Kemboja ini akan menjadi guru di Sekolah/Madrasah yang akan dibina oleh pihak UPSI di daerah Channang sebuah perkampungan Islam di sana.

Sebelum ini Majlis Perwakilan Pelajar UPSI yang melaksanakan program khidmat masyarakat antarabangsa di Kemboja ini mendapat kritikan hebat dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, mengatakan MPP menghabiskan duit siswa/i melancong ke Kemboja.

Namun begitu, merujuk hasil yang ditunjukkan oleh program ini menggambarkan erti sebenar program kemasyarakatan yang telah dilaksanakan. Wartawan SuaraUPSI sempat menghubungi YDP MPP saudara Mohd Razik Bin Khalid untuk mendapatkan ulasan dan beliau berkata " Kejayaan ini bukan hasil kerja saya seorang tetapi hasil dari kerjasama yang diberikan oleh siswa/i UPSI dalam semangat siswa/i UPSI mendermakan RM 1 = 1 sekolah di Kemboja".

Wartawan SuaraUPSI juga sempat menghubungi pengarah program Khidmat masyarakat ini iaitu saudara Muzakkir Afiq Bin Musa dan beliau menyatakan " inilah tanda bahawa siswa/i sentiasa mengambil berat terhadap masyarakat Islam antarabangsa, dalam pada kita merasai kemewahan di Malaysia masih ada masyarakat Islam yang perlu kita bantu di negara lain".

Turut bersama-sama dalam Majlis Penyerahan Sijil tadi ialah Y. Bhg. Tan Sri Dato Sri Abi Musa Asa'Ari Mohamed Nor yang sama-sama menyumbangkan USD 1000 kepada Ustaz Hassan Pengerusi Kebajikan Masyarakat Islam Kemboja untuk tambahan dana pembinaan Masjid di sana. Selain itu, wakil Syarikat Proton iaitu Pengurus Besar Syarikat, Tuan Haji Abdul Syukri Hamidi yang menyumbangkan RM 4000.00 untuk kos perjalanan pergi dan balik siswa/i Kemboja ke Malaysia.

Y. Bhg Dato Naib Canselor juga hadir dalam majlis ini dan mengumumkan bahawa dana yang diperlukan bagi menampung kos pembinaan sekolah di Kemboja adalah berjumlah RM 66000.00 dan kini jumlah sumbangan pelajar yang dikumpul sejak tahun lepas mencecah RM 16000.00. Dalam pada itu, pihak MPP juga menghantar surat permohonan sumbangan sebanyak RM 20000.00 kepada Y. Bhg Tan Sri Dato' Sri Abi Musa selaku Pengerusi Tabung Haji untuk sama-sama membantu dalam pembinaan sekolah di Kemboja.

Semoga usaha yang dilaksanakan oleh MPP Pimpinan Bitara UPSI ini akan terus mendapat sokongan daripada pihak dalam kampus dan luar kampus. SuaraUPSI mengucapkan tahniah kepada MPP UPSI, Naib Canselor UPSI, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, pihak Proton dan  tenaga pengajar dalam usaha menjayakan program khidmat masyarakat antarabangsa ini. Tahniah juga buat keempat-empat siswa Kemboja yang berjaya menamatkan pengajian selama 3 bulan di UPSI.

SuaraUPSI berharap semua siswa/i dapat menjadikan perkara ini sebagai satu penanda aras kematangan aktivisme siswa/i UPSI dalam membentuk pemikiran minda kelas pertama. Terus bersama SuaraUPSI melaporkan perkembangan kampus UPSI.



2 comments:

Anonymous said...

Tahniah MPP Pimpinan Bitara..Zahar and the gang itu la , ini la , bazir duiy la,last2 g jugak .Dasar Hipokrit.Kopiah hiasan sahaja!!!

Anonymous said...

kita tanaya balik pada mpp mahasiswa pendidik..apa program yang dorang buat sepanjang bergelar mpp..nothng..manifesto zahar pon x terlaksana lg..aq ingt lagi manifesto zahar masa prk lepas..x terlaksana lagi pon..ini ada hati nk jdy mpp lagi skali...kah!!!kah!!!kah!!!