Saturday, January 22, 2011

Referandum Didahulukan Warga Kolej Diabaikan

Tg Malim 22 Januari - Sedang asyik rakan-rakan menandatangani referandum PTPTN yang belum diketahui keberkesanannya ada cerita disebalik tabir yang rakan-rakan perlu jadikan tauladan supaya tidak terjadi dalam diri siswa/i sekalian. Wartawan SuaraUPSI hari ini menerima email daripada pengirim yang memohon supaya dirahsiakan identitinya menceritakan kepimpinan kolej kediamannya yang kurang memberangsangkan.

Kolej kediaman ini yang hanya mempunyai dua blok kediaman semakin hari semakin suram rentak kepimpinannya menunjukkan bahawa YDP kolej kediaman tersebut hilang fokus dalam mentadbir jawatankuasanya.  

Pengirim mempersoalkan kredibiliti YDP kolejnya apabila beliau melihat YDP kolejnya itu berlegar-legar bersama LMP mendapatkan tandatangan pelajar yang kononnya akan menyelesaikan kelewatan PTPTN walhal tugas hakiki yang perlu dilaksanakan adalah menjaga hal-hal kebajikan warga kolej serta memeriahkan suasana di Kolej kediaman dengan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan kemahiran insaniah warga kolej. Berbanding dengan kolej kediaman yang lain jika dilihat aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan cukup meriah dan mendapat sambutan dari semua warga UPSI. 

Kelemahan ini lebih jelas dilihat apabila terdapat beberapa orang JMK dibawah pimpinan YDP tersebut tidak tahan dan meletakkan jawatan mereka dengan alasan YDP bertindak di luar kuasanya. Adakah perkara ini benar atau ada pihak-pihak yang telah meracuni pemikiran YDP tersebut sehingga hilang fokus dalam mentadbir. Sekiranya benar SuaraUPSI mencadangkan agar semua siswa/i menjadikan perkara ini sebagai tauladan.

Sekiranya kita dilantik sebagai pemimpin maka lihatlah skop kerja atau tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. SuaraUPSI yakin setiap portfolio yang diwujudkan itu mempunyai peranan masing-masing. Jika siswa/i faham dengan konsep portfolio sudah pasti perkara ini tidak terjadi. Kalau YDP maka tugas YDP lah yang perlu dilaksanakan, kalau Exco Latihan Pembangunan Sahsiah maka hal ehwal latihan dan sahsiah la yang perlu dilaksanakan bukan mengabaikan tugas hakiki portfolio yang telah diterima, sama-sama kita fikirkan.






4 comments:

Anonymous said...

yg ni duk kate yg 2..yg 2 duk kate yg ni..padahal sume same je..

Anonymous said...

Fadh nak jadi pemimpin??Hahahahahaha..keajaiban ke 8 dunia..cakap sahaja pandai,kursus pun x pernah g..Cakap banyak kang bahaya pulak nyawa si Elly tu kan

Anonymous said...

terpaksa bersetuju dengan aduan nie... aktiviti kolej lesu... bukan x ada xtiviti yang dijlnkan tapi kurangnya promosi menjadikan warga kolej tersebut tidak mengetahui sesuatu aktiviti yang dijlnkan... yang penting, pihak JMK kene sedar pembabitan warga kolej amat penting barulah tidak digelar syok sendiri..

Anonymous said...

cm xbest ar korg nye ayat...tgok cm brita..tp bila baca ayat cm hampeh..common bkl2 cikgu...