Wednesday, January 26, 2011

Program DAKAP Capai Objektif

Tg Malim 26 Januari - Program DAKAP nasional yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar bersama himpunan anak negeri mencapai objektifnya apabila Y. Bhg. Dr Mohammad Fairus Khairudin Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berjaya menarik minat siswa/i menghayati tema memperkasa negara bangsa. Seramai 200 siswa/i dari pelbagai program negeri dan semester ini teruja dan bersemangat mendengar pidato yang disampaikan.

Y. Bhg. Dr. yang pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang mengajak siswa/i UPSI berfikir dan mempersiapkan diri dengan beberapa nilai sebelum memperkasa negara bangsa dalam diri. Perkara pertama yang paling dititik beratkan oleh beliau adalah siswa/i perlu membudayakan ilmu dalam kehidupan seharian bagi meningkatkan tahap pemikiran rakyat sekeliling siswa/i sekaligus menguatkan jati diri sebagai anak Malaysia. 

Selain itu, beliau juga mengingatkan kepada siswa/i untuk memperkukuhkan ahlak mulia dalam diri masing-masing bagi mengekalkan budaya ketimuran segar dalam diri rakyat Malaysia dan sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman damai tanpa ada persengketaan antara kaum.

SuaraUPSI mengucapkan tahniah kepada MPP Pimpinan Bitara yang berusaha untuk memartabatkan pembudayaan ilmu dalam diri setiap siswa/i UPSI. Terus bersama SuaraUPSI melihat perkembangan  dalam kampus UPSI










1 comment:

Anonymous said...

dapat juga kita ilmu daripada orang yang lebih lama hidup pada kita...kita mahasiswa yang menapis jika ada yang tidak suka..ambik input yang baik untuk kegunaan kita sebagai bakal guru mempersiapkan diri dengan ilmu dan pembacaan.....anak2 negeri hebat....