Friday, January 21, 2011

Pelajar Ambilan Disember Perlu Peka

Tg Malim 21 Januari - Isu pengisian borang online permohonan guru sandaran terlatih eGST bagi lepasan Institut Pengajian Tinggi Awam sebelum ini hangat diperkatakan dalam kalangan pelajar yang telah tamat praktikum.  Isu ini timbul bermula dengan pembukaan pengisian borang eGST pada 20 Disember 2010 sehingga 14 Januari 2011. Namun begitu semua siswa/i tamat praktikum ini tidak dapat mengisi borang tersebut akibat belum layak bergraduat dan hanya akan layak bergraduat selepas senat bersidang pada 25 Januari 2011.

Perkara ini menimbulkan keresahan Siswa/i kerana mereka akan terlepas daripada mengisi borang online eGST. Sekiranya terlepas daripada mengisi borang eGST pada bulan Disember dan Januari lalu mereka akan mengisi borang permohonan pada bulan April 2011.

Wartawan SuaraUPSI sempat bertanya kepada senior-senior ambilan Disember yang lalu berkenaan status pelajar ambilan Disember dan rata-rata mereka mengatakan bahawa siswa/i ambilan Disember pasti akan terlepas daripada mengisi borang eGST pada bulan Disember/Januari setelah tamat praktikum menyebabkan mereka perlu menunggu selama 7 bulan untuk posting.

Sekiranya gagal dalam pengisian eGST pertama maka mereka akan menunggu sehingga 9/11 bulan untuk posting. Hal ini dipandang serius oleh siswa/i UPSI khususnya ambilan Disember kerana kes ini akan berulang kepada semua pelajar ambilan Disember.

Baru-baru ini penyelesaian telah ditemui, apabila isu ini disuarakan kepada pihak MPP Pimpinan Bitara. Pihak MPP iaitu YDP MPP saudara Mohd Razik Khalid serta barisan kepimpinannya telah menghantar surat permohonan kepada Y. Bhg. Dato VC memohon mengawalkan senat bersidang sebelum tarikh tutup borang eGST tamat pada 14 Januari 2011 dan Y. Bhg. Dato VC bersetuju mengawalkan tarikh Senat bersidang pada 5 Januari 2011. Sekaligus membolehkan siswa/i ambilan Disember 2006/2007 mengisi borang eGST.

Kini pihak UPSI telah pun menghantar surat pengambilan transkrip kepada semua rakan-rakan senior dan tarikh pengambilan transkrip adalah pada 24 Januari 2011. Warga SuaraUPSI mengucapkan tahniah buat rakan-rakan senior yang telah pun tamat praktikum dan kini anda sudah menghampiri kerjaya guru yang diidam-idamkan. Semoga anda semua berjaya dalam Ujian INSAK serta temuduga Kementerian Pelajaran Malaysia.

2 comments:

ferddash said...

tq jik..we love u

Anonymous said...

tengkiu YDP..diam2 buat kerja bukan bising x habuk pun xda macam Mahasiswa Pengganas (MP)!