Monday, January 24, 2011

MALAM ANUGERAH PERMATA UPSI

Tg Malim 24 Januari - Dalam pada kemeriahan warga Kolej Za'ba menyaksikan acara penutup program Hari Terbuka Kolej Za'ba, lain pula program yang berlangsung di dewan SITC malam tadi. Seramai lebih kurang 500 siswa/i anak Terengganu berkumpul dan berhimpun di dewan SITC bagi menyambut dan menerima kunjungan  mesra daripada wakil kerajaan negeri Terengganu.

Kunjungan yang dibuat oleh Kerajaan Terengganu ini di wakili oleh Yang Berhormat Hj. Ahmad Razif bin Abd Rahman merupakan ADUN kawasan Seberang Takir merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Tuan Hj Aziz Bin Mamat Pengarah Yayasan Negeri Terengganu. Selain itu, Penasihat PERMATA, Dekan Fakulti Seni Persembahan, Timbalan Pendaftar Kanan Hal Ehwal Pelajar dan YDP MPP turut serta hadir memberi sokongan terhadap program ini.

Tujuan kunjungan dan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara kerajaan negeri dengan anak-anak Terengganu di UPSI. Selain itu juga program ini berlangsung  untuk menghargai penat lelah siswa/i anak Terengganu UPSI yang berhempas pulas mendapatkan keputusan cemerlang pada semester lepas. Wartawan SuaraUPSI difahamkan bahawa seramai 480 orang siswa/i anak Terengganu UPSI telah berjaya mendapat PNGK 3.50 keatas.

Oleh yang demikian pihak kerajaan negeri memberikan anugerah sebanyak RM 100 kepada semua siswa/i anak Terengganu yang cemerlang, memperoleh PNGS 3.80 keatas.Sebanyak 49 orang mahasiwa/i menerima sumbangan wang tunai  tersebut. Tidak ketinggalan pihak Kerajaan Negeri Terengganu juga menyumbangkan dana sebanyak RM 3000.00 kepada Presiden PERMATA UPSI iaitu Saudara Ilman Bin Omar untuk melaksanakan program-program sempena pelancaran rasmi Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu UPSI (PERMATA UPSI).

YB Hj Ahmad Razif juga sempat menyampaikan amanat, berdialog dan berkongsi tentang perkembangan pendidikan di Negeri Terengganu. Disamping itu juga beliau menyatakan bahawa negeri Terengganu cemerlang dalam pencapaian akademik apabila  memperolehi keputusan peperiksaan UPSR terbaik seluruh Malaysia selama 10 tahun berturut-turut diikuti dengan PMR 3 tahun berturut-turut terbaik dalam Malaysia dak sekiranya keputusan SPM tahun lepas negeri Terengganu yang terbaik maka 2 tahun berturut kejayaan itu dicapai.

Beliau juga sebagai wakil kerajaan negeri, menyampaikan hasrat pihak Kerajaan Negeri Terengganu yang ingin menjadikan seluruh negeri Terengganu mendapat capaian internet tanpa wayar (wifi wireless) dan ingin menjadikan semua keluarga di negeri Terengganu mempunyai seorang graduan dalam program Satu Rumah Satu Graduan.

Semoga siswa/i Terengganu lebih bermotivasi untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang pada semester ini. SuaraUPSI sentiasa menyokong penubuhan anak negeri bagi mencipta rasa kebersamaan antara kerajaan negeri dan siswa/i. Warga kerja SuaraUPSI mengucapkan tahniah kepada PERMATA UPSI serta semua penerima anugerah, bersama-sama meningkatkan mutu minda intelek mahasiswa dalam menuju wawasan 2020.



3 comments:

Anonymous said...

idup Ganu kiter!

sarah honey said...

permata mmg terbaek!

Anonymous said...

HISMAT tidak di iktiraf..hahahahahahaha