Monday, January 24, 2011

e-Portfolio Platform Perkembangan Professionalisme

Tg Malim 24 Januari - Pengenalan e-Portfolio yang sedang berlangsung di bangunan Bitarasiswa mengajak semua siswa/i UPSI mengetahui tentang penggunaan e-Portfolio, sistem baru ini mempunyai banyak kelebihan dan lebih canggih daripada MyGuru yang ada sekarang.

Wartawan SuaraUPSI yang sempat melihat penggunaan e-portfolio ini memuji tindakan yang dilaksanakan oleh pusat ICT dalam meningkatkan sistem pengurusan maklumat kurikulum dan kokurukulum siswa/i dan memperkenalkan kepada siswa/i UPSI dengan cara yang mesra.

e-Portfolio adalah produk dari pembelajaran yang merupakan bukti seseorang untuk menyokong apa yang telah dipelajari dan kemahiran yang telah diperoleh sepanjang proses pembelajaran. Ia membolehkan Pengguna mengumpul dan menetapkan artifak dalam pelbagai jenis media seperti teks, audio, video dan grafik. e-Portfolio juga boleh digunakan sebagai alat reflektif yang menunjukkan perkembangan individu dari masa ke semasa.

e-Portfolio yang merupakan platform perkembangan professeionalisme ini mempunyai modul-modul tersendiri iaitu modul My CV menyediakan template resume yang tepat dan pelajar hanya perlu memasukkan data yang diperlukan. My Skills pula pelajar boleh menyimpan rekod berkaitan aktiviti-aktiviti yang disertai sepanjang pengajian. Manakala My Files adalah untuk semua penyimpanan file yang berkitan P&P.

Pengguna e-portfolio ini adalah terdiri dari siswa/i UPSI yang ingin mengumpul artifak pembelajaran secara sistematik dan teratur, disamping ingin mrekodkan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti selain P&P

Cara untuk mengakses e-Portfolio adalah dengan :

  1. login ke portal UPSI
  2. klik IMS Link untuk ke portal MyGuru2
  3. Dimuka utama MyGuru2, klik pada menu tab e-portfolio di menu bahagian atas
  4. Anda boleh mula dan membangunkan e-portfolio anda .
Selamat Mencuba dan teruskan bersama SuaraUPSI melihat perkembangan  dalam Kampus UPSI

3 comments:

Anonymous said...

Terbaek r Suara UPSI !!!

Anonymous said...

ini lah barisan mpp yang benar-benar menjaga kebajikan pelajar upsi...

tahniah kepada pimpinan bitara!

Anonymous said...

erk! e-portfolio ni PTPM yg buatkan??