Tuesday, January 25, 2011

Damping Kampus (DAKAP) Nasional Serentak di 13 IPTA


Tg Malim 25 Januari - Program Damping Kampus (DAKAP) Nasional merupakan program IPTA peringkat Nasional dan sebanyak 13 IPTA terlibat serentak menganjurkan program ini. Program ini yang merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP Pimpinan Bitara) dengan kerjasama Himpunan Anak Negeri merupakan program berbentuk forum akademik untuk merungkai isu-isu semasa negara.

Penceramah yang dijemput khas daripada Pulau Pinang Y. Bhg. Dr Fairus Khairudin Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang akan membawakan tajuk "Memperkasa Negara Bangsa" kepada anda semua. SuaraUPSI melihat program ini adalah satu program akademik yang penting kepada semua siswa/i UPSI berbangsa Melayu untuk berdiskusi dan berdialog membuka minda intelek melayu.

Bagi siswa/i AT 58 Pengajian Malaysia dengan Pendidikan yang memngambil subjek berkaitan politik juga sesuai untuk hadir ke dalam program ini bagi menambah ilmu dan pengetahuan. SuaraUPSI menyokong penganjuran program ini dan mengesyorkan kepada siswa/i melayu hadir beramai-ramai ke dewan Kolej Za'ba pada jam 8 malam ini 25 Januari 2011, bagi siswa/i dari Kolej Ungku Omar dan Kolej Harun Aminurrashid bas disediakan pada jam 7.45 malam di hadapan hentian bas KUO. 

Semoga penganjuran program ini menyuburkan lagi proses pembudayaan ilmu dalam kalangan siswa/i UPSI membentuk minda intelek siswa/i. Terus bersama SuaraUPSI untuk perkembangan dalam Kampus UPSI.


1 comment:

Anonymous said...

Habis la Al JUbs kena londeh malam ni..ooops sori Fadh penjilat tegar , jangan marahhhhh