Monday, January 25, 2010

SMS Menghasut Mahasiswa/i UPSI

Tg Malim , 25 Januari - Kecanggihan teknologi yang berada disekeliling mahasiswa ternyata dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak-pihak yang bertanding dalam pilihanraya kampus pada kali ini apabila semua platform digunakan secara maksimum untuk mencapai ke sasaran iaitu pengundi.

Terbaru , seorang mahasiswa Pengajian Malaysia, dalam e-mailnya kepada SuaraUPSI mendakwa telah menerima satu kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) daripada orang yang dikenali yang meminta supaya diundi nama-nama tertentu.Antara lain SMS tersebut menyatakan "Puak Aspirasi / Bitara dah kuasai MPP.Minta kita seimbangkan suara mahasiswa.Aspirasi=Paksi HEP& sejarah lepas , Aspirasi berkuasa kita hilang 1 hak kita ;bas percuma.Tunggu lepas ni apa lagi yang kita hilang".

Menurut Ketua Strategi Pimpinan Bitara ketika diminta mengulas berkata perkara ini adalah sesuatu yang biasa dalam pilihanraya , tidak kira di mana-mana pun . Beliau menambah terpulanglah kepada mana-mana pihak untuk menggunakan cara masing-masing asalkan tidak melibatkan taktik-taktik kotor dan tidak bertanggungjawab.

Sementara itu , Ketua Penerangan Pimpinan Bitara berkata, dakwaan yang dilemparkan adalah berniat jahat dan fitnah . Menurutnya, Mesyuarat Pengurusan Eksekutif Universiti (MPE) yang akan membuat keputusan berkaitan hal yang berkaitan dengan dasar-dasar unversiti seperti isu bayaran bas universiti dan keputusan itu akan diperakui oleh Jawatankuasa Kewangan Tetap Universiti (JKTK) sebelum dilaksanakan.

Dalam hal ini , pihak JKTK telah mengabaikan kepentingan MPE apabila membincangkan perkara ini tanpa persetujuan dari MPE yang hanya dimaklumkan akan pelaksanaan dasar ini setelah digazetkan oleh JKTK.

Menurutnya , hanya segelintir pihak yang tahu dan faham akan prosedur ini dan Pro-Mahasiswa yang mendakwa mereka juara dalam isu kebajikan mahasiswa pun tidak mengetahuinya.

"Masuk pejabat pun tidak ,macamana nak tahu " , ujar beliau sambil tersenyum sinis.

"Mereka hanya tahu bercakap sahaja kerana tiada apa-apa usaha dari pihak mereka tentang isu bayaran bas ini, kalau ada ,kita cabar mereka tunjukkan apa yang mereka lakukan . Sekadar menyalahkan pihak lain tidak membantu langsung kearah penambaikan keadaan mahasiswa " , tambah beliau lagi.

Untuk rekod , bayaran bas yang dikenakan pada tahun lepas adalah berdasarkan perbatuan (milleage) hargaya agak mahal jika dibandingkan dengan caj yang dikenakan pihak luar.

2 comments:

Anonymous said...

layari www.upsikite.blogspot.com

Anonymous said...

Benar la sgt cite dlm blog ko 2...
ko ade bukti ke ckp g2...
Pro M...klu btl kebajikan ko juangkan,npe ak nk jumpe mpp yg pro M ssh dlm pejabt..
mn nilai korang dlm profesionalisme????