Monday, January 4, 2010

Pro Kebajikan Tabur Flyers Fitnah Di Kem Kepimpinan Mahasiswa 2009

Tanjong Malim, 4 Januari 2009 - Kem Kepimpinan Mahasiswa 2009 siri ke-3 yang baru sahaja selesai pada hari ahad lepas telah disertai oleh 55 orang peserta. Namun begitu kursus tersebut telah dicemari dengan pengedaran flyers yang dilakukan oleh pihak Pro Kebajikan dan menggunakan UPSIKINI sebagai sumber flyers tersebut. Flyers yang ditabur pada bilik peserta lelaki dan wanita telah mengundang pelbagai reaksi daripada semua peserta.

Wartawan suaraUPSI telah menemui salah seorang peserta kem tersebut untuk mendapatkan isi kandungan flyers tersebut. " Dalam flyers tu mereka(Pro Kebajikan) mengatakan pihak HEP memperbodohkan peserta yang ingin menjadi calon MPP dengan melaksanakan kem kepimpinan untuk mengelirukan bakal calon" ujar beliau. "Selain itu, flyers tersebut juga menyatakan bahawa pihak HEP menyediakan RM 15 000 untuk jentera PRK dan pihak HEP telah menyenaraikan calon MPP tajaan HEP".

Tuduhan-tuduhan liar yang dikeluarkan oleh pihak Pro Kebajikan melalui flyers tersebut menunjukkan bahawa mereka mengikut budaya politik luar yang ada dalam negara kita sekarang. Sekiranya budaya ini diteruskan dalam jiwa pendidik UPSI, tidak pelik pada suatu hari nanti mereka akan berdemonstrasi di jalanan meniru aksi-aksi negara jiran yang sedang bergolak. Pihak suaraUPSI menyarankan kepada semua mahasiswa UPSI bertindaklah mengikut cara pemikiran seorang mahasiswa tanpa ada pengaruh daripada politik luar dan peganglah motto "Sayangi Universiti Kita"

11 comments:

Raja Hasbullah said...

huhuhu...
xpelah..

SOlat hajat dah dibuat..

Ahli-ahli pro kebajikan sendiri buat solat hajat..

Kita tengok perut sapa jadi buncit nanti..

huhuhu...

Alih-alih blog nie plak sambung buat fitnah..

Huhuhuhu..

Mesti penulis blog nie berperut buncit dan hina sekali..

Die menulis atikel ini dengan penuh rasa bersalah..

tak begitu penulis blog??
hehe..

Pro Kebajikan blum mainkan lagi isu banner mereka yang kena curi..

Memang haram jadah puak ASPIRASI nie..

Anonymous said...

mereke yang berfikiran sempit sahaja yang akan melakukan perkara tersebut..buat ape hendak berkempen dalam lingkunagan sendir.bukan itu strtegi yang kurang pintar atau bodoh..nampak sangat orang yang buat tersebut pendek akalnya..

Anonymous said...

banyak tu kalo aspirasi dpt 15oooo..tp yg pelik ny sampai skang still lg x nmpk pe tanda2 kempen dr dorang guna duit tu pun...baru2 ni kat kolej aku,kuo kat dinding2 byk tampal stiker promote up**k*ni..pelik gak kn,saper yg sbnr ny dpt sumber duit dr luar kn...huhuh

Anonymous said...

1 artikel yg bagus sekali... sengaja membesar2kan isu. mana hang tau flyers tu dari pro kebajikan??? cek ni bkan berpihak mana2. tapi sbg mahasiswa yg cintakan kebenaran, lebih baik lah diselidik dulu sblum buat sebarang konklusi. boleh jadi itu sbg 1 modul dr HEP, @ memang dari pihak yg tk berpuas hati......fikir2kan, doa org teraniaya sangat mustajab. jgn sampai terbalik kat hangpa ja

Anonymous said...

Menatang UPSIKINI memang celaka..macam Zulhelmi selaku moderator dan Zulkifli sebagai broker calon ...

ukashah said...

kita semua dah buat solah hajat pada hari kejadian dan kita sepakati isu ini tidak timbul..knp di keluarkan lagi isu ini..knp tidak berpegag degan keputusan yang lepas

Muz said...

cuba tanya calon-calon mpp yang ikut kem cerita sebenar..Jangan main tuduh je

Anonymous said...

Raja Hasbullah...ko ni la manusia yg x reti sedar kesalahan sdri...
x ade manusia yg sempurna tanpa diperingati...!!!!
Ko blh plk mainkan isu metafora ko lps 2 kait ngn agama dengan bt fitnah sana sini...
bgs la klu itu ko nk gmbrkan Islam dkt org bkn muslim....
syabas2...

Anonymous said...

xsangka raja hasbullah begitu busuk hati mendoakan keburukan kepada umat sesama islam

Anonymous said...

adoi.. boring nye la korang ni.. siang malam dok mengata itu dan ini.. tak kira apa pun korang.. tapi dua2 belah entah apa yg dibuatnya.. dr dulu dr sampai skrg. mengata mengutuk je lebih dua2 keje tak jalan gak.. kebajikan student entah kemana. sibuk dgn politik kampung yg tak kemana.. adoi... sungguh memalukan.. tetiap tahun aku dgr pasal korang punya matlamat pemerintahan.. yg tak logik pun ada.. tapi takpe la.. janji dr tak buat langsung kan..

apa salah kalau semua bersatu.. ini tidak kutuk sana sini, ambik tahun mende2 remeh, yg tak de efek dalam kehidupan... pikir-pikirkan lah..

Anonymous said...

Salam..
mr editor ni memang da confirm ke sape yg buat sampai berani declare *** yg lakukan..
solat hajat telah dilakukan, semoga Dia yg x pernah berhenti melihat memberikan keinsafan ke dalam hati mereka yg melakukan..

cik anonymous kat atas ni senang sgt nampak keburukan orang ye..

yg duk menabur fitnah dalam blog ni x busuk hati ke..

kalau betul dh ada black n white bukti atau cap jari sape yg letakkan, declare lah..

tapi kalau sekadar atas dasar apa yg tertera atas kertas tanpa mengira tangan yg mana yg mampu meletakkannya, x payahlah. sesiapa pun yg ketika rendah iman di dada bleh buat.

banyakkan istighfar ye saudara dan saudari..