Tuesday, January 26, 2010

PRK:Hentikan penyalahgunaan sentimen agama

Tg Malim , 26 Januari -Tarikh pengundian pilihanraya kampus yang hanya berbaki dua hari sebelum mahasiswa UPSI memilih ahli Majis Perwakilan Pelajar (MPP) digunakan sepenuhnya oleh pihak -pihak yang bertanding khususnya semasa rapat umum.

Pada malam semalam, rapat umum yang diadakan di KHAR dan KAB telah menimbulkan suasana yang meriah terutamanya bagi mahasiswa yang tidak pernah merasai suasana pilihanraya kampus.

Bagaimanapun , suasana di KAB agak hambar sedikit apabila satu lagi pihak yang bertanding memilih untuk melarikan diri setelah pihak Pimpinan Bitara mula berucap.

Suasana agak sedikit panas apabila calon bagi Fakulti Bahasa , Mohd Amin B. Mat Sidik menyalahgunakan sentimen agama dalam ucapannya dengan menganggap hanya diri dan pihaknya yang tahu dan faham akan hukum-hakam Islam. Tanpa berselindung , beliau menggangap Pimpinan Bitara adalah pihak yang dilaknat Allah.

Ucapan beliau yang disambut dengan sorakan marah dan "boo" oleh penyokong Pimpinan Bitara yang ternyata tidak berpuas hati dengan kenyataan seorang pelajar yang menjatuhkan hukuman keatas orang lain seolah -olah dirinya tidak pernah melakukan kesalahan.

Calon bagi Pimpinan Bitara , Eddy Safbree B. Salim ketiak berucap kemudian memohon penjelasan apakah yang dimaksudkan oleh Mohd Amin dengan ucapannya itu.

Salah seorang mahasiswa yang hadir pada malam semalam ketika ditanya pendapatnya berkenaan perkara ini menyatakan adalah tidak adil untuk mengkategorikan seseorang berdasarkan pakaian dan perawatakan.

"Apa yang penting adalah iman dan amal , hanya kita dan Allah sahaja yang tahu ", ujarnya ringkas.

Untuk rekod , Mohd Amin B. Mat Sidik mula menjadi perhatian setelah tindakannya mengepalai bantahan yang memalukan nama pegawai kanan universiti dan UPSI pada Pesta Konvokesyen semester lepas.

8 comments:

Anonymous said...

macam tak adil je statement ni..

ukashah said...

benda ini boleh di bncang...nak jumpa saya pun bleh...rasanya terdapat sedikit kekeliruan disini.

Anak muda Keadilan said...

huhuhu..

Bagi aku amin tak tuju kat sape2 yang ada pada malam tersebut..

Kenapa puak2 Pimpinan putar belit nak terasa dengan kenyataan yang sangat umum oleh saudara Amin tu..

Terkena atas muka ker haa??

hahahaha...

sayangupsi said...

mmg la..sp yang mkn cili, dialah terkena pdsnya..kih3

Anonymous said...

besa la org nk baru politik mmg mcm 2..apa pn pimpinan bitara teruskan pjuangan anda n jgn hiraukn politik budak kecil yg hanya pandai bkata2 tp habuk pn tarak bila ckp politik dia gah klu pasai agamaa abis dilaknatnya...biarkn org mcm ni sama ja mcm politik kt luar...bila kata sama mcm parti politik kt luar xmau mgaku plak...org mcm ni kn suka ckp putar belit...yg penting pimpinan bitara msti wt lbh tbaik dari sblm ni..jgn jd b*&^h mcm MOHD AMIN B MAT SIDIK..memalukn ja bek p IRAQ jd pgebom brani mati dh brani smcm org g&*a...

Anonymous said...

come on Mahasiswa.choose our leader.jgn jdk lembu dicucuk hidung x berani perjuang hak2 mahasiswa. masa mengundi sanggup tunggu kat pintu timur bagi macam2.tapi ble dh pgg jawatan hampeh...

Anonymous said...

Salam..maaf menggangu..What do you mean by 'b****'? boleh bgtau??? itu ke cth golongan dr pimpinan bitara??? yg hnya menang sorak? yg hnya mengharapkan budak2 sains sukan tontok itu??? jgn hnya menang sorak.. mcm pak pandir, menang sotak, kampung tergadai... vote for mahasiswa pendidik!!! I think I know who are you!!

Anonymous said...

ooooo..takutnya..takutnya..dia dah tau sape kiter..hahaha..and i pun already know who r u..