Tuesday, January 19, 2010

Pinjaman PTPTN dijangka masuk esok

Tg Malim , 19 Januari – Mahasiswa UPSI kini boleh menarik nafas lega berikutan pengumuman dari pihak Bendahari UPSI duit pinjaman akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula esok.

Bagaimanapun , hanya pelajar ambilan 2006 dan 2007 sahaja yang akan menerima duit pinjaman itu . Ini bermakna hanya pelajar semester 5 , 6 ,7 dan 8 sahaja yang layak terlebih dahulu.

Menurut sumber , pelajar semester 5-8 layak menerima duit PTPTN lebih awal kerana proses permohonon mereka ketika semester 1 dahulu menggunakan borang manual.

Pelajar tahun 2008 dan 2009 pula memohon duit PTPTN melalui proses "online" dan manual manakala pelajar 2010 pula melalui proses "online" sepenuhnya.

Menurut sumber , proses manual dan "online" dan "online" sepenuhnya menyebabkan proses permohonan mengambil masa yang lebih lama untuk diuruskan berbanding secara manual.

Dijangkakan pelajar semester 1- 4 akan menerima pinjaman PTPTN masing-masing sebelum hujung bulan ini.

Bagi pelajar yang menghadapi masalah kewangan , mereka disarankan untuk berhubung dengan Unit Kebajikan , Jabatan Hal Ehwal Pelajar UPSI untuk permohonan wang pendahuluan bagi meneruskan kehidupan di UPSI.

6 comments:

LuVLYdOvE said...

terima kasih dgn berita ini.
tp saya ingin bertanyakan 1 soalan.
adakah UPSI sahaja yg menjalankan proses online dan manual serta online sepenuhnya ini? sila bagi respon

Anonymous said...

bagus la dh masuk esk...tq na bendahari upsi yg amanah..hehehehe

Anonymous said...

katanya masuk hari ni..20hb tp mana dia duit kami.. dari subuh tunggu... sekarang bendahari yang amanah jawab.. kawan saya dh xda duit ni... kesian la kat kami...

Anonymous said...

bkpo dok masuk lagi weh..tok payoh nk heboh2 la kalu bendo dok sengoti.

Anonymous said...

20 hb dah tp tak masuk jugak..frust menonggeng dah..jap kata esk pulak..xtau mane betul..jgn sampai bulan 2 dh..mane mampu nk idup kt cni camtu...makan batu?xle gak..

Anonymous said...

x masuk2 jugak walaupun aku komen ni pada 21 januari 2010 pada pukul 00.13 pagi... ishhh... xfaham2 aku laaa.. ape yg dieorang guna kat duit ptptn kite nii.. tu duit kitee bagi laa... dengar kata dieorang guna duit kitee tu dulu.. tu yg xda wit nak masuk dalam akaun kitee.. ingat laaaa nanti kena soal kat padang mashyar tauuuu