Thursday, January 7, 2010

Permohonan baru biasiswa KPM dibekukan tahun ini

Tg Malim , 07 Januari - Belum selesai isu PTPTN yang masuk agak lambat pada semester ini berbanding semester lepas, kini mahasiswa di seluruh IPTA secara amnya dan di UPSI khususnya bakal berhadapan dengan "pembekuan" permohonan baru penajaan untuk mahasiswa oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bermula pada tahun ini.

Sumber yang menyatakan hal ini kepada SuaraUPSI menyatakan "pembekuan" ini akan berkuat kuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
Bagaimanapun langkah ini tidak akan memberikan kesan kepada mahasiswa yang telah dan sedang menerima penajaan dari KPM.

Langkah ini dikatakan akibat daripada kegawatan ekonomi global yang sedang menghimpit negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia di mana kerajaan sedang mengambil langkah berjimat cermat.

Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, YDP MPP, Saudara Mohd Hairie B. Abdullah ketika diminta untuk memberikan ulasan tentang hal ini berkata beliau akan mendapatkan kepastian berhubung isu ini apabila berkunjung ke Putrajaya kemudian. Beliau bagaimanapun berjanji bahawa Pimpanan Bitara akan memperjuangkan hal ini untuk kebajikan dan kemudahan mahasiswa UPSI.

Untuk rekod, penerima penajaan KPM memperolehi RM 3,700.00 bersih setelah ditolak yuran universiti dan kolej kediaman.

3 comments:

Anonymous said...

pembetulan jumnlah bersih yg diperolehi bukan rm3700.00 tp kami hanya dapat rm3124.00 shj slpas tolak yuran kolej n universiti..

Anonymous said...

wei ptptn ni bila nk masuk umah pn dh kena potong letrik ni

Anonymous said...

kalo kena potong...pakai je lilin..kn senang...bukan ko x tau ptptn setiap sem sllu masuk lewat...lps ni blaja le berjimat-jimat yer...aku pun amik ptptn gak...leh je simpan...'

kebanyakan kita bila ptptn...perasan kaya x ingt dunia...kalo x cayer,ko tgg le ptptn masuk nnti..kosong le pekan tg mlm ni..nk carik dak2 upsi semua ad kt klcc,mid valley,times square...tu x masuk lg yg pi clubbing malam2.

kesimpulan ny,bila kita ada duit kita lupa diri.x pernah beringat.belnja sana-sini..bila dh akhir sem n awl sem mula le menyusah mak ayah...kononnya duit belanja x cukup...aiyoooo...insaf le dak2 upsi..duit ptptn tu kita patut guna utk blja bukan utk enjoy..