Thursday, January 21, 2010

Pelajar bersyukur wang pinjaman PTPTN telah masuk

Tg Malim , 21 Januari - " Syukur Alhamdulillah ". Itu adalah antara reaksi ringkas yang diterima di kalangan pelajar semasa ditemui sekitar mesin pengeluaran wang automatik(ATM )di sekitar kampus setelah mendapati pinjaman PTPTN telah dikreditkan ke akaun masing-masing seawal lewat malam semalam dan pagi ini.

Berita tentang kemasukan wang pinjaman PTPTN ini tersebar luas melalui SMS dan mulut ke mulut menjadikan kesemua ATM penuh sesak dengan mahasiswa yang ingin memeriksa baki akaun masing – masing dan mengeluarkan wang untuk kegunaan seharian.

"Lega, setelah tiga minggu hidup dalam kesusahan. Nak makan pun susah, jangan tak tau ada antara kami yang berkongsi Maggi sebungkus untuk dua orang,bunyinya memang kelakar tapi itulah hakikatnya", luah seorang pelajar semester 6 yang tidak mahu dikenali.

"Sekarang bolehlah bayar hutang kawan-kawan dan beli buku", ujar seorang mahasiswa semester 5 , Farah , setelah ditanya mengapa membuat pengeluaran wang dalam jumlah yang banyak.

Situasi ini jauh berbeza dengan apa yang disaksikan SuaraUPSI semalam apabila mendapati mahasiswa berpusu-pusu mengunjungi ATM untuk memeriksa baki akaun masing-masing setelah membaca memo yang diposkan di Portal Rasmi UPSI bahawa wang akan dikreditkan semalam namun kesemuanya pulang hampa setelah mendapati baki akaun mereka masih lagi sama.

Kebanyakan mahasiswa memberikan mahasiswa memberikan reaksi yang negatif dan beranggapan pihak pentadbiran UPSI tidak serius dengan masalah yang dihadapi oleh Anak Kandung Suluh Budiman ini.

Rata-rata beranggapan pihak pentadbiran UPSI dan PTPTN patut dipersalahkan dalam isu kelambatan wang pinjaman ini masuk.

Untuk rekod , pada semester lepas, wang pinjaman PTPTN dikreditkan ke dalam akaun masing-masing sebelum sesi kuliah bermula.

10 comments:

Anonymous said...

tapi kami sem 2 dan 3 terpaksa la berikat perut lagi sampai 31 ni..hmmm

safuan~~~ said...

em...

Anonymous said...

ya btul, phak pntadbiran upsi mesti d persalahkan.. pentadbiran yang sangat lemah dan x memikirkan masalah pelajar..

Anonymous said...

nasib la....korang sabar la

raimiaffandi said...

wehhhh aku x de duit wehhhh :((((

Anonymous said...

sem satu sampai sem 4 ni anak tiri suluh budiman kot...tu takpat ptptn awal..byr suh cpt..dah la ada faedah..minta tlg sikt..cepatkan masukkan wang dalam semua akaun pelajar..kami nak belajar...macam mana??takkan nak meminjam kat org pulak...pnjm kat ptptn cukupla...

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

udah2 la bodek.
sem 4 ke bawah tak masuk lagi.

dah mmg lambat.
kawan aku kat u lain dah lama masuk.

kalau bukan pengurusan apa lagi??

kadangkala kita kena admit kelemahan. baru boleh penambahbaikan. baru orang lain pun respek.

~aku masih ikat perut~

Anonymous said...

sabar adek2 junior, abang bersimpati dengan korang tapi yang penting!!! duit kami suda masuk!!!hahahah

Anonymous said...

rilex arr... aku dulu masa sem 1 hujung sem baru dapat PTPTN tau... sebab da mslh ngan ptptn.. wal hal salah dieorang... sepanjang blajo tu pki duit mak bapak... x ke haru... masa cuti sem baru dapat duit tauu.. tp kaya la aku time tuu... dapat 30002 dalam tgn hahaha

Anonymous said...

lain orang lain ragam...kalau yang boleh rilex tu mmg payah la sikit...apa gune caj yang dikenekan..