Sunday, January 24, 2010

Jangan amal politik khianat

Tg Malim , 24 Januari - Suasana pilihanraya kampus yang masih lagi dalam keadaan tenang dan aman mungkin boleh bertukar menjadi sebaliknya akibat perbuatan segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab.

Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 10 semalam , pihak Pimpinan Bitara mengesan cubaan seorang individu untuk membuang poster-poster dan kain rentang yang dipasang oleh pihak Pimpinan Bitara di kawasan Dewan SITC.

Petualang yang cuba mencetuskan suasana hura - hura itu dikesan menaiki sebuah motosikal Honda Wave 125 berwarna merah dengan nombor pendaftaran bermula dengan plat J itu melarikan diri setelah disergah oleh salah seorang petugas pilihanraya Pimpinan Bitara.

Sementara itu , Ketua Unit Tugas-Tugas Khas Pilihanraya Pimpinan Bitara dalam e-mailnya kepada SuaraUPSI berkata , pihaknya telah mengenalpasti individu yang cuba melakukan perbuatan khianat itu dan yakin dia akan dapat dikesan secepat mungkin.

"Kita telah melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pilihanraya Kampus dan sebarang tindakan lanjutan mungkin akan dibawa kepada pihak Keselamatan UPSI dan polis" , tegas beliau lagi.

Beliau memberi amaran kepada pihak -pihak yang cuba mencetuskan kekacauan supaya memikirkan masa depan terlebih dahulu kerana jika tertangkap, hukuman yang berat menanti mereka.

"Kita sentiasa bersedia 24 jam,dengan 30 buah peronda bermotosikal , 3 buah pasukan pemantau berkereta dan dan sebuah van bantuan , kita yakin kita akan mampu menangani sebarang situasi yang bakal berlaku" , ujar beliau dalam perenggan terakhir e-mailnya.

4 comments:

Anonymous said...

Pro-M ni memang pencetus kekacauan..dimana2 sahaja..apa yang mereka tahu hanya rusuhan,demo dan tunjuk perasaan..tolak mereka..idup Pimpinan Bitara!!

Anonymous said...

Sabotaj ja keje korang...
x guna klu pdi ttg agama tp bt benda g2..
lwan dgn berani la bro...
Klu pro M benar, fight la ngn adilllll

sayangupsi said...

Pimpinan Bitara la begitu..mahasiswa ada mata tgk, blh nilai sendiri kebitaraan seseorang pemimpin.

Anonymous said...

Camna nk lawan scr adil tu? klu pimpinan bitara pon gna cara x adil...Poster diorg siap awal giler, pastu siap ada banner color lg utk rapat umum..pastu ada button badge plak tu..bnyknya duit korag ek...dpt komisyen sbb nyanyi lagu Guru Bitara kew??? yer la MPP dlu kerjanya jadi penyanyi pentas je