Monday, October 19, 2009

Pegawai HEP pasukan pemantau pilihanraya

Tg Malim , 19 Oktober – Pilihanraya kecil N31 Bagan Pinang dalam kawasan Port Dickson , Negeri Sembilan telah berlalu dan pemenangnya telah diketahui tetapi ia telah menimbulkan beberapa isu kepada mahasiswa UPSI.

Isu yang dimaksudkan adalah kehadiran beberapa orang mahasiswa dan pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) sebelum pilihanraya berlangsung.Pihak SuaraUPSI yang berusaha mendapatkan maklumat tentang perkara ini berjaya menemui seorang sumber yang menerangkan tentang kehadiran mahasiswa dan pegawai JHEPA ke tempat tersebut.

Menurut sumber tersebut , kehadiran mahasiswa ke tempat pilihanraya adalah perkara biasa bagi mana-mana pilihanraya dan apa yang menjadi kesalahan adalah jika mereka didapati terlibat secara aktif dalam politik luar berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang jelas melarang melarang mana-mana individu bergelar mahasiswa institut pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat secara langsung dengan dunia politik luar.

Manakala kehadiran pegawai JHEPA adalah sebahagian daripada pasukan pemantau yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi(KPT).

Objektif pasukan tersebut adalah untuk mengelakkan mana-mana pelajar dan juga kakitangan semua IPTA daripada terlibat dalam gerakan atau kempen pilihanraya parti politik, menjaga nama baik universiti dan membantu pihak berkuasa universiti dalam usaha menghalang dalam bentuk fizikal pelajar dan kakitangan universiti terlibat dalam aktiviti parti politik.

Sumber tersebut menyatakan pasukan pemantau tersebut dianggotai oleh pegawai-pegawai JHEPA dan Unit Keselamatan semua IPTA yang berada di bawah bidang kuasa KPT dan mereka akan digerakkan bagi pilihanraya umum dan kecil.

Beliau menjelaskan bahawa Jawatankuasa Peringkat Negeri dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar sesebuah negeri yang telah kuasa untuk menjaga negeri tersebut manakala Jawatankuasa Peringkat IPTA yang terlibat adalah diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar yang dilantik oleh Naib Canselor universiti tersebut.

Menurutnya lagi, kehadiran pasukan pemantau tersebut adalah untuk dirasai dan disedari jadi adalah menjadi kelaziman untuk mereka memakai vest dan menggunakan kereta berlambangkan universiti masing-masing.

Menurut beliau lagi, pasukan tersebut akan merakamkan gambar-gambar dan akan menyerahkan laporan kepada Naib Canselor universiti masing-masing untuk tindakan selanjutnya .Beliau juga menegaskan pasukan tersebut akan bertindak terhadap mana-mana mahasiswa yang dikenal pasti tanpa mengira samada mahasiswa tersebut menyokong kerajaan ataupun pembangkang.

Beliau berkata terdapat banyak lagi maklumat yang berkaitan dengan pasukan pemantau ini tetapi hanya ini sahaja yang dapat dikongsikan dengan SuaraUPSI kerana beberapa masalah rasmi.

Untuk rekod , empat mahasiswa UPSI telah dikesan berada di Bagan Pinang semasa pilihanraya tempoh hari .
Paparan video boleh ditonton melalui link berikut http://www.youtube.com/watch?v=brer88hfeqE

13 comments:

Anonymous said...

abg rizal ke lam gmbr tu???eish2,,xpatut,,xpatut,,

Anonymous said...

ye lah kot... ish... x sangka kan... ad gak org cam tu... amik je tindakan undg2.... mak & Pak suh blaja.. lain yg depa buat...

Anonymous said...

la rizal ni kan yang kene tangkap bakar poster mase PRK zaman raimi..memang extreme dia nih, bese la pro kebajikan

Penyandang Kerusi FSSK said...

Pertamanya
Beliau(dalam gambar) bukanlah lagi seorang pelajar UPSI.beliau bekas pelajar UPSI.maka tiada dalam bidang kuasa AUKU perenggan 2 kurungan (1) yang mensabitkan sesiapa bekas pelajar tidak boleh menyertai mana2 parti.Yang dilarang hanyalah pelajar(masih menuntut dalam pengajian mengikut tempohnya : fasal 5).

so salahkah beliau berparti???
buat penulis blog berhati-hati dalam penulisan anda.Andai anda disaman siapa yang tahu?

-Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-

Anonymous said...

tengok la pro kebajikan tu..terdesak sangat sampai siap nyamar jadi pensyarah lagii..hahaha..lawak2..

Raja Hasbullah said...

huhuhu...

Kalau dia bukan pensyarah pun wajar lah apa yang dia cakap tu..

Rijal tu bukan budak UPSI lagi..
bia bekas pelajar UPSI..

Kalau nk kira bekas pelajar UPSI terlibat dengan politik memangla ramai. kawan aku bekas pelajar UPSI terlibat dengan UMNO di tempat die..

Ayah aku bekas pelajar UPSI terlibat dengan politik juga..

huhuhuhu..
Sekarang sapa yang bodoh??
Rijal atau penulis blog nie??

Anonymous said...

Raja Hasbullah Raja Kadir.Sem 3.AT 32 Sejarah..Khar..bagus2..lancang bersuara..ada bakat..

Syahir Mohamad said...

Salam..
teruskan bersuara dan memberi pendapat. Kita sebagai mahasiswa kena belajar membina jatidiri. Tapi harap dapat bahasa yang lebih tertib. Kepada rizal, on je. Tak de apa yang nak pelik. heheh

Anonymous said...

si rambur kerinting halus rupenya..patut la sokong..suku sakat dia dari zaman dulu lagi..gang2 totok ijau bulan..no wonder..

Anonymous said...

sikit2 saman..sikit2 saman..hahahaha..kepada encik yang ngaku pensyarah sangat tu,ko check dulu blog fitnah ko tu..yang tu tunggu masa jer nak kena dengan SKMM..saman2..ingat apa?PM?MB?Cisss..Sia2 jd pensyarah kalo bengap begini (kalo betul la pensyarah)

Blowjob said...

Emmm saudara Rijal dapat posting kat mana yerrr??? Hehehehehe

Anonymous said...

tapi kenapa rijal makan gaji dengan kerajaan ye hehehe..kan rijal pun tahu sumber pendapatan kerajaan tu dari ehem...em fikir2kanlah

Anonymous said...

geng pejuang agama ni kununnya dapat kat N9//