Friday, October 9, 2009

Makluman:Khar Sports Challenge 2009

Tg Malim , 09 Oktober – Kolej Harun Aminurrashid , (KHAR) akan menganjurkan Khar Sports Challenge 2009 bermula dari 10 -11 Oktober 2009 .

Penganjuran program ini yang diadakan pada setiap semester akan dimulakan dengan perlawanan sepak takraw di gelanggang Khar manakala pada sebelah petangnya,acara bola sepak akan mengambil tempat di padang Sekolah Kebangsaan Ladang Escot.

Pada keesokan harinya, empat lagi acara akan dipertanding iaitu bola baling ,futsal, bola jaring dan badminton . Kesemua perlawanan akan berlangsung di gelanggang sukan berkenaan di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.

Pihak penganjur akan menyediakan sijil dan pelekat kepada peserta sahaja. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Biro Sukan dan Rekreasi , Jawatankuasa Kolej Harun Aminurrashid Sesi 09/10.

No comments: