Tuesday, October 13, 2009

"Kenyataan saya dimanipulasi : Hairie "

Tg Malim , 13 Oktober - "Saya tidak terkejut dengan laporan blog berkenaan kerana ini bukan kali pertama mereka berbuat demikian . Serangan secara peribadi (character assasination) dan putar belit telah menjadi "trademark" mereka,ujar YDP MPP UPSI , Saudara Mohd Hairie B. Abdullah ketika ditanya tentang isu pada malam mesyuarat bersama presiden kelab dan persatuan baru-baru ini.

"Mereka hanya memetik separuh sahaja ayat yang saya ucapkan pada malam itu tanpa menulis penuh apa yang terangkan,jadi tidak hairanlah jika mahasiswa UPSI keliru dengan kenyataan saya, tambah beliau tenang kepada SuaraUPSI.

Menurutnya , apa yang beliau ucapkan pada malam itu adalah "Saya takpe,saya MPP,tapi saya tidak akan menggunakan kuasa sebagai MPP untuk mendapatkan "posting" ditempat sendiri".
Beliau berkata , apa yang dimaksudkannya pada malam itu adalah tentang 'posting" di negeri sendiri dan bukannya tentang tidak mendapat "posting" langsung.

Beliau mencabar pihak -pihak yang memanipulasi kenyataan beliau agar bertanyakan kembali kepada seluruh presiden kelab dan persatuan yang hadir pada malam itu dan bukannya membuat kenyataan putar belit yang kononnya mewakili keseluruhan ahli mesyuarat pada malam itu.

Untuk rekod , YDP MPP UPSI 07/08 , Saudara Mohd Raimi b. Rahim yang berasal dari Melaka mendapat penempatan di Melaka tetapi sekolah tempat beliau akan bertugas hanya akan diketahui apabila melaporkan diri kepada Jabatan Pelajaran Negeri.

5 comments:

Anonymous said...

Biasalah... UpsiKini Nk publisiti murahan je... klu x x da lah org nk bce kan...tambah2 nk plihan raya ni... lg lah dia dok gedik sangat nk wt fitnah.. Kpd hairi sabar je lah ek... sesungguhnya tuhan tu maha Adil & saksama.. biar org yg fitnah.. asalkan kita x wt fitnah...

Anonymous said...

bila ek pilihan raya? xsabar rasanye nak mengundi pro-M.hairie jgn marah.hahaha

Anonymous said...

aku tau sapa yang buat cerita ni!!!!ni mesti President________hahahaha cari sendiri.dalam meeting pun muka dia semcm je..nmpk sgt mcm reporter upsikini

ketikacintabertasbih said...

apa-apa pun hairie tak sepatutnya cakap macam tu.mungkin ada pihak yang tersinggung seolah-olah mengatakan bahawa dia kebal sebab dia mpp.

harap hairie muhasabah diri.rezeki terletak ditangan Allah.walau mpp pun anda,anda belum tentu dapat posting jika Allah tak izinkan.buang budaya sombong haire pada pelajar upsi

Anonymous said...

pro M konon