Tuesday, October 6, 2009

Isu penempatan : Mahasiswa puji Kepimpinan Bitara

Tg Malim , 06 Oktober - Isu penempatan yang hangat diperkatakan dalam kalangan mahasiswa UPSI berikutan dakwaan sebuah laman blog telah mengundang pelbagai komen dan reaksi dari golongan mahasiswa UPSI sendiri terutamanya pelajar tahun akhir.
Dalam e-mel yang baru disemak sebentar tadi , pihak SuaraUPSI turut menerima pelbagai maklumbalas berkaitan perkara ini.

Ada yang langsung tidak percaya dengan kenyataan itu ,ada yang ragu-ragu manakala sesetengahnya pula menganggap kenyataan itu adalah gimik politik sesetengah pihak yang mencari populariti murahan. Pelajar tahun pertama , Idayu , dalam e-melnya berkata bahawa sebagai pelajar junior , dia masih belum mendapat kefahaman yang sepenuhnya tentang isu penempatan ini kerana baru sahaja melangkah ke alam pengajian tinggi tetapi mengaku memberikan perhatian yang mendalam kerana ia melibatkan masa depannya.

"Saya tahu dengan ijazah yang diperolehi dari UPSI, agak sukar untuk mencari pekerjaan di bidang-bidang lain.Oleh itu , saya berharap Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menangani isu ini dengan sebaiknya jika betul apa yang diperkatakan itu", jelas beliau lagi. "Atas alasan apa sekalipun , perkara seperti ini tidak patut dimain-mainkan lebih-lebih lagi untuk kepentingan diri sendiri",ujarnya ringkas .

"Sebagai pelajar dalam bidang ekonomi , adalah logik dan boleh diterima akal jika alasan kewangan punca kenapa penempatan bagi mahasiswa UPSI dilewatkan tetapi sebagai sebuah kerajaan yang mampu bertahan dalam krisis ekonomi pada tahun 1998 dan sekarang , tindakan itu adalah seperti mengambil langkah ke belakang", ujar seorang pelajar tahun akhir ,Rizal, yang mendakwa dirinya seorang mahasiswa dari Fakulti Perniagaan dan Ekonomi (FPE).

"Kita harus faham bahawa jika kerajaan mengambil langkah sedemikian , kadar inflasi akan meningkat naik kerana kerajaan tidak menghasilkan peluang pekerjaan terutamanya kepada guru-guru yang dianggarkan belasan ribu orang setiap tahun,jadi ekonomi tidak akan pulih kerana tidak ada kecairan wang yang berlaku", terangnya panjang lebar.

Beliau juga berkata , jika mengambil contoh 15,000 peluang pekerjaan guru dihasilkan setiap tahun dan didarab dengan gaji asas sebanyak RM2,000.00 seorang , maka kecairan sebanyak RM30 akan berlaku setiap tahun dengan perbelanjaan kerajaan untuk membayar gaji guru-guru dan mereka pula akan membelanjakan wang tersebut untuk kegunaan seharian.

Pengirim yang ketiga yang hanya mahu dikenali sebagai "Chemistry Gurlz" pula berkata perkara ini patut disahkan akan kebenaranya terlebih dahulu sebelum disiarkan oleh mana-mana pihak . Dalam nada yang sama, ketiga-tiga mahasiswa berkongsi melahirkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Kepimpinan Bitara MPP UPSI kerana bertindak pantas mendapatkan maklumat sekaligus menghilangkan keresahan dan kerisauan yang melanda mahasiswa UPSI.

Mereka juga berharap agar sesi kepimpinan MPP UPSI pada masa akan datang akan terus diterajui oleh Kepimpinan Bitara yang telah terbukti mampu menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh mahasiswa UPSI ini.

6 comments:

Anonymous said...

saya pelajar sem 1 yang menaiki bas suhaimi..semasa naik bas saya dapat kurma dengan facemask dr pimpinan bitara, terima kasih pimpinan bitara kerana menjaga kebajikan kami, kalau boleh selesaikan isu posting secepat mungkin utk pelajar UPSI

Anonymous said...

Nampak sangat blog ni tiru gaya upsikini.blogspot.com. cian..tak de idea lain ke???

Anonymous said...

ooo.si suhaimi ni nk promote aspirasi ye..ehm,beli kurma 2 guna duit sape??jgn guna duit kami sudah..MPP kualiti jgn masuk campur kalu pihak lain cuba guna duit kami.
AMARAN KERAS

MohdSuhaimi said...

aik??kena lagi??dah la dituduh songlap duit budak 17K,kali ni kena lagi..Btw,untuk pengetahuan Anony ke 3, orang dah nak bagi,aku xkisah,jangan buat hura hara dalam bas aku cukup la,darimana duit diraong dapat unuk beli kurma tu,tanya diorang sendiri,masalah promote atau x tak timbul sebab semua bas dapat.Sebarang masalah silalah hubung aku 012-964 2176.Aku tunggu k?Tq

Anonymous said...

amboiii...sedapnye anonymous yg ketiga berkata2...mempertikaikan apa yg org wat...awk tu ada wat pape ke utk universiti?

Anonymous said...

pro kebajikan dapat suntikan dana dari PKR dan kerajaan selangor sebanyak 20k. banyak tu