Sunday, November 1, 2009

11,OOO kekosongan jawatan pada 2009

Tg Malim , 30 Oktober - Terdapat 11,000 kekosongan jawatan guru-guru di seluruh Malaysia menjelang tahun 2011. Itulah yang diberitahu oleh Puan Faridatul Akma Bt Mat Taib , Timbalan Setiausaha Cawangan Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia pada Kolokium "Masa depan dan hala tuju graduan UPSI.Siapakah aku?" yang diadakan di Bilik Seminar Bitarasiswa.

Angka yang dikeluarkan adalah berdasarkan daripada unjuran yang disediakan oleh Bahagian Sumber Manusia KPM mengikut bilangan guru-guru yang bersara,meninggal dunia atapun meletakkan jawatan.

Puan Faridatul Akma menyatakan jika dikira dari bilangan graduan Diploma Pendidikan Lanjutab Ijazah (DPLI) sebanyak 2700 yang akan bergraduat pada tahun 2011 nanti dan dicampur dengan bilangan mahasiswa dari UPSI dan Fakulti Pendidikan universiti-universiti lain , jumlah permintaan terhadap guru-guru ini masih adalah jauh lebih tinggi dari apa yang mampu dihasilkan oleh UPSI dan universiti lain sekaligus membolehkan semua graduan mendapat penempatan jika mereka lulus dalam ujian INSAK dan temuduga KPM.

Peserta kolokium juga di beritahu bahawa sebanyak 299 graduan UPSI gagal dalam temuduga sekaligus menjadikannya sebagai jumlah terbesar iaitu 67 peratus daripada keseluruhan calon yang gagal.

Para peserta berpeluang bertanyakan soalan tentang masa hadapan mereka dan Puan Faridatul Akma serta peserta memuji tindakan MPP UPSI yang menggunakan saluran sewajarnya seperti KPM untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan tidak merujuk kepada pihak-pihak yang tidak sepatutnya.

Untuk rekod, beberapa pihak yang mendakwa sebagai pejuang kebajikan mahasiswa masih lagi berdiam diri tentang isu ini selepas merujuk kepada NUTP dan tidak mengambil sebarang tindakan susulan untuk menjelaskan keadaan yang sebenar kepada mahasiswa UPSI.


5 comments:

Anonymous said...

Akhirnye.. dpt juga mklumat yg jelas.. klu x celaru siut... thx unt mklumat yg anda berikan..

Anonymous said...

INGAT,PILIHANRAYA KAMPUS NANTI,UNDILAH PRO KUALITI ...KITA TIDAK PERLUKAN ORANG2 PRO-KEBAJIKAN DI UPSI..PENCETUS MASALAH DAN HANYA TAHU BERCAKAP SAHAJA!!!

Anonymous said...

kalau hairie hanya duduk di ofis sahaja menunggu masa MPP dibubarkan, Akmal madzir akan turun padang....huhuhuu i2 lah ayat2 yang xblh belah dr pro kebajikan...mana tindakan pro kebajikan dalam isu posting???mana exco kebajikan??mana exco akamedik??knapa senyap??kata marilah bersuara bersama kami!!tapi senyap je...apa kes..sekurang2nya nampak MPP kualiti buat kerja

Anonymous said...

pegawai KPM yang dtg 30 oktober lepas cari aqilah hanis sbb bagi maklumat salah dalam UPSIKINI..tp aqilah xdtg pun hanya pandai ckp belakang je

Anonymous said...

gagal insak je ramai, temuduga 6 org jer... emmm... batch yg ni pn batch plg ramai.. perbandingannya pun kira ok lh tuuu...