Saturday, August 15, 2009

Istiadat Konvokesyen ke 11 Sidang 2 berakhir

Tg Malim, 15 Ogos - Istiadat Konvokesyen yang ke 11 Sidang 2 telah melabuhkan tirainya pada pagi tadi apabila graduan mahasiswa Pendidikan Sains telah selamat menerima ijazah masing-masing pada sesi ke sembilan di Dewan SITC.
Untuk Pesta Konvokesyen pula , ia akan berakhir pada malam ini di Pentas Utama dengan persembahan daripada pelajar-pelajar UPSI.
Sepanjang enam hari berlangsungnya Istiadat dan Pesta Konvokesyen, pelbagai peristiwa menarik telah mewarnainya. Berikut dirangkumkan peristiwa-peristiwa yang terjadi sepanjang enam hari itu.

Mahasiswa UPSI kurang meminati nasyid
Kumpulan nasyid Saffone yang diundang untuk menyampaikan lagu-lagu mereka pada malam semalam tidak menerima sambutan yang hangat sepertimana yang diberikan kepada Jaclyn Victor dan Faizal Tahir. Ini hanya kerana hanya terdapat lebih kurang 50 orang sahaja yang memenuhi ruang di hadapan Pentas Utama manakala yang selebihnya dianggarkan sekitar 250 orang berada di sekitar ruangan kaki lima terutamanya di hadapan Bangunan Canselori.
Seorang mahasiswa yang sempat ditemui malam tadi melahirkan rasa hairan dengan fenomena ini kerana acara -acara yang melibatkan keagamaan dan ketuhahan tidak mendapat sambutan yang hangat dari mahasiswa UPSI.
"Tambah menghairankan saya apabila tidak kelihatan kumpulan-kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Pro-Kebajikan kerana mereka sepatutnya menyokong persembahan seperti ini. Jika mereka ingin memboikot apa yang dikatakan sebagai konsert Jaclyn Victor dan Faizal Tahir, itu kita boleh fahami tetapi ketiadaan mereka pada malam ini membuatkan saya keliru dengan hala tuju perjuangan mereka ini yang kononnya memperjuangkan kebajikan", ulas mahasiswa lelaki tersebut panjang lebar.
Satu sumber yang boleh dipercayai pula berkata Pro-Kebajikan memboikot semua acara yang dianjurkan pada Pesta Konvokesyen kali ini dan bertekad tidak akan menghadirinya walaupun majlis-majlis yang bersifat keilmuan.
Untuk rekod, Pro-Kebajikan telah melakukan tindakan yang menjatuhkan maruah dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pegawa-pegawai tinggi UPSI apabila beredar dari penganjuran persembahan Jaclyn Victor semasa malam perasmian Pesta Konvokesyen ke 11 Sidang 2 UPSI.

YDP JMK KUO larang exco-exco sertai acara Pesta Konvokesyen 11 Sidang 2
Tindakan YDP JMK KUO yang mengeluarkan arahan melarang exco-exco JMK KUO dan rexco dari menyertai sebarang acara Pesta Konvokesyen kali ini menimbulkan pelbagai persoalan terutamanya dari pihak penganjur.
Sumber dalaman yang tidak mahu didedahkan berkata YDP JMK KUO adalah seorang penyokong kuat Pro-Kebajikan dan turut sama terlibat dalam peristiwa protes senyap yang memalukan nama universiti pada malam perasmian Pesta Konvokesyen baru-baru ini.
Sumber yang sama turut mendedahkan kebanyakan exco-exco JMK KUO adalah kroni-kroni rapat kepada YDP itu.
Untuk rekod, JMK-JMK dua buah kolej kediaman UPSI di Taman Bahtera dikenali sebagai lubuk pembangkang sejak dari dahulu lagi.

MPP Pro-Kebajikan tidak tunai janji
Rentetan dari peristiwa protes senyap yang dilakukan oleh Pro-Kebajikan, pihak Sauraupsi menerima beberapa e-mail dan maklumat yang disampaikan oleh pihak-pihak yang tahu tentang keadaan sebenar tentang peristiwa yang berlaku.
Dalam e-mail yang pertama, sumber yang hanya mahu dikenali sebagai "Anti-Hipokrit" memberitahu bahawa tentatif Pesta Konvokesyen telah pun di bincangkan dalam mesyuarat MPP dan MPP Pro-Kebajikan telah bersetuju untuk membincangkan garis panduan terutamanya untuk penganjuran persembahan selepas mesyuarat berakhir tetapi terus beredar selepas mesyuarat dan tidak langsung berjumpa dengan Pengarah Pesta Konvokesyen sehinggalah mereka mengambil tindakan protes pada malamtekanan oleh Pro-Kebajikan supaya tidak terlibat dengan Pesta Konvokesyen pada kali ini ataupun bakal berdepan dengan hukuman dari Pro-Kebajikan.
Maklumat ini dilihat sebagai tepat kerana pada Pesta Konvokesyen 11 Sidang 1, Saudara Hanif Azwan telah diberikan peranan yang sama dan beliau juga menerima tekanan yang sama tetapi beliau bertindak professional dengan melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada tanpa perasmian itu.

Hanif Azwan lepas tanggungjawab sebagai Penolong Pengurus Persembahan
Exco Kesenian dan Kebudayaan, Mohd Hanif Azwan B. Abd Rahman dari Pro-Kebajikan yang telah dilantik sebagai Penolong Pengurus (PP) Persemabahan Pesta Konvokesyen kali ini bertindak melepaskan tanggungjawab yang diberikan padanya dengan memulaukan semua mesyuarat dan perbincangan tentang persembahan dan tanggungjawab ini terpaksa digalas oleh Timbalan Penolong Pengurus (TPP ) Persembahan .
Maklumat yang diperolehi dari sumber dalaman menyatakan Saudara Hanif Azwan telah diberikan peranan yang sama pada Pesta Konvokesyen ke 11 Sidang 1 dan beliau telah diberikan tekanan yang sama tetapi memilih untuk bertindak secara professional dengan melaksanakan tanggungjwab dan amanah yang berikan meskipun banyak dibantu oleh ahli-ahli bawahan yang lebih berpengalaman.
Sumber-sumber juga mendedahkan Saudara Hanif Azwan telah menyuarakan bantahan terhadap Faizal Tahir tetapi tidak dapat memberikan justifikasi yang jelas kenapa Faizal Tahir tidak sepatutnya diundang. Beliau mencadangkan nama Jamal Abdillah dan Akhill Hayy tetapi kedua-dua nama yang dicadangkan ditolak kerana isu penyalahgunaan dadah dan kes perceraian di mahkamah syariah yang belum selesai pada masa itu.

Hiburan hanya enam jam dari keseluruhan program.
Tentatif Pesta Konvokesyen yang diperolehi dari pihak penganjur mendedahkan hanya enam jam diperuntukkan untuk acara-acara yang bersifat hiburan. Jumlah yang diperuntukkan adalah amat kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan program yang mengambil masa enam hari ini .
Penganjuran acara hiburan ini dibuat setelah mengambil kira akan kepentingan mahasiswa UPSI yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama .
Menurut pihak penganjur, sebagai sebuah negara yang terdiri dari masyarakat majmuk, adalah penting untuk saling menghormati pegangan dan kepercayaan orang lain dan penganjuran program yang berjaya seharusnya dibuat dengan mengambil kira kepentingan semua pihak yang terlibat.

MPP Pro-Kebajikan gagal anjur Forum Perdana
Slot Forum Perdana yang pada mulanya diserahkan kepada MPP Pro-Kebajikan terpaksa diambil alih oleh Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (MT MPP ) kerana tidak menepati spesifikasi dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
MPP Pro-Kebajikan dikatakan mahu menjemput moderator dan ahli-ahli panel dari luar dan tajuk yang dipilih untuk dibincangkan tidak diluluskan oleh pihak universiti kerana tidak bersifat keilmuan dan keagamaan sebaliknya mempunyai agenda- agenda terselindung yang dilihat lebih cenderung ke arah politik luar.
Untuk rekod, tanggungjawab ini diserahkan kepada Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah (LPS) , Saudara Akmal b. Madzir.

6 comments:

Anonymous said...

Salam..

Pandai sungguh buat analisis,,ish2..cuba hang slidik betul2..maklumat hang tu salah..tak betui..dah pok2 hang yg kontrol, klu bagi pendapat pun..xguna..xdgr..hanif tu ibarat pok2 hang nak ambil kesempatan jah..letak sebagai penolong, lpas tu pok buat keputusan..then tuduh dia mcm2..ish2..pok2 hang ni gak..tak tau dosa dah..
Yang nasyid lak, hang ingat pok2 penbantah jah k kn dgr..mana pok2 hang yg lain..napok sgt suka hiburn yg melampau..klu mcm tu, biar pok2 pembantah la masuk syurga saja..huhu..pok2 hang no xabih2..wat analisis pun smpat lg wat fitnah..ish2

Anonymous said...

Allah Mengetahui setiap perkara walau sebutir debu malah kebih dari itu..ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN MAHA MELIHAT!!!!

Anonymous said...

nampaknya pok pembantah ni xde dosa la ye leh masuk syurga cepat je hehehe...sedar diri ckit yang korang tu da buat macam2 dalam dunia nih

Anonymous said...

Salam..suatu analisis yang tidak bijak..yang menampakkan kebodohan penulis blog ini. Budaya memfitnah turut diamalkan di blog ini. Usah ganggu organisasi lain. Kukuhkan dlu post mortem konvo tu..banyak untung yer..

Anonymous said...

alasan hiburan hnya beberape jam tu mmg alasan xmasuk akal. klau perbuatan itu mendapat dosa, adakah kite yakin pahala kita ckup untuk mengatasi dosa yg diperolehi walau pon hnya beberapa jam. ckup kah pahala kite yg selama bertahun2 ni?.. cube analisis secara ilmiah.

Anonymous said...

sapalah org yg buat blog ni. analisis apa mcm ni.

SAYA CABAR PENULIS BLOG NI, MUNCULKAN DIRI ANDA JIKA ANDA SEORANG YANG BERANI MEMPERJUANGKAN KEBENARAN DENGAN ANALISIS YANG ENTAH APA2 NI...