Monday, February 21, 2011

PRK : Kemaskini berita bersama SuaraUPSI

Tg Malim , 21 Februar 2011 - Proses pembuangan undi pada hari ini  bermula dengan ketibaan Dato' Naib Canselor, Prof.Dato' Dr Aminah Bt Ayub ke Dewan SITC. Berikut adalah kronologi peristiwa hari ini. Sebelum itu , para kakitangan telah membawa laptop dan desktop yang telah "disealed" seawal jam 5 pagi. 

8.15 pagi : Sekretariat dan urusetia membuat persediaan terakhir. Wakil-wakil dari pihak-pihak yang bertanding kelihatan di Dewan SITC.

8.30 pagi : Ketibaan Dato' Naib Canselor dengan kereta rasmi beliau , Proton Perdana Eksekutif , AGA 282 disambut oleh Pengarah Pusat ICT dan kakitangan yang lain.

8.45 pagi :  Dato' Naib Canselor ,setelah diberi penerangan oleh pegawai yang bertugas , mula memasukkan kata laluan dan menguji sistem yang disediakan bagi memastikan kebolehpercayan sistem e-voting yang akan digunakan.


 8.55 pagi : Dato' Naib Canselor berpuas hati dengan sistem yang digunakan dan setelah tiada bantahan dari wakil-wakil pihak-pihak yang bertanding , memberi arahan agar pengundian dijalankan mulai dari jam 09.00 pagi hingga jam 05.30 petang.


9.00 pagi : Proses pengundian dimulakan di Dewan SITC dengan 08 orang mahasiswa menjadi pengundi pertama melaksanakan kewajipan itu dan En Musa Jaafar telah membuat panggilan kepada semua pusat-pusat mengundi agar proses pengundian dijalankan.


10.00 pagi  : Proses pengundian masih lagi perlahan kerana mahasiswa dan mahasiswi mempunyai kelas pada awal pagi.

 12.00 tengahari: Bilangan pengundi yang telah keluar membuang undi dianggarkan lebih kurang 33 peratus.


03.00 petang: Lebih separuh daripada bilangan pengundi berdaftar telah keluar mengundi.

 05.30 petang : Pusat-pusat pengundian akan ditutup dalam masa setengah jam lagi.  Dilaporkan berlaku kerosakan kabel fiber optik di Kota Malim Prima yang menyambungkan talian e-voting antara Pusat Pengundian Kolej Zaa'ba namun telah berjaya dibaiki.

Teruskan bersama SuaraUPSI untuk perkembangan lanjut.